Kelebihan belajar bahasa asing

Pendidikan Siti Nur Baiin Che Harun
Pilihan oleh Siti Nur Baiin Che Harun
Kelebihan belajar bahasa asing
Kelebihan belajar bahasa asing © Ayse Ezgi Icmeli | Dreamstime.com

Dalam meniti arus kemodenan, pemerkasaan terhadap penguasaan bahasa asing dilihat begitu penting sekali. Bahasa merupakan identiti kepada sesebuah bangsa. Pembelajaran dan penguasaan terhadap bahasa asing adalah untuk mencapai persefahaman apabila berkomunikasi dengan bangsa lain.

Kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai bahasa sangat penting. Ia membantu individu itu secara holistik tidak kira dari segi agama, hal perniagaan, pengurusan teknologi, pendidikan dan lain-lain.

Individu yang mampu menguasai bahasa asing lebih dari satu bahasa merupakan satu kelebihan dan merupakan bonus bagi mereka.

Mahir berbahasa asing meluaskan tali silaturrahim

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

(Surah al-Hujurat, ayat 13)

Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”

(Surah al-Ruum, ayat 22)

Dari riwayat Abu Daud r.a:

Zaid bin Tsabit berkata, “Rasulullah S.A.W memerintahkan aku untuk mempelajari tulisan orang-orang Yahudi. Lalu aku mempelajari penulisan orang-orang Yahudi untuk beliau.” Zaid berkata, “Demi Allah, sungguh aku tidak merasa aman kepada orang-orang Yahudi terhadap tulisanku. Lalu aku mempelajarinya, dan hanya berlalu setengah bulan aku telah menguasainya, lalu aku menuliskan untuknya apabila Beliau (ingin) menulis dan aku membacakan untuknya jika beliau mendapat surat.”

Dari riwayat ini jelas menunjukkan bahasa Rasulullah SAW tidak melarang untuk mempelajari bahasa asing. Walhal, Baginda menyuruh Zaid bin Tsabit mempelajari tulisan orang-orang Yahudi.

Zaid bin Thabit r.a berkata:

“Rasulullah SAW memerintahkanku untuk mempelajari bahasa Suryani.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kelebihan belajar bahasa asing

  • Digunakan sebagai medium dan wasilah menyampaikan dakwah
  • Menambah keyakinan diri dalam berkomunikasi
  • Mendapat peluang pekerjaan yang tinggi
  • Memudahkan proses berkomunikasi dengan bangsa lain
  • Memberi kelebihan profesional dalam bidang kerjaya
  • Memudahkan akses yang lebih meluas dalam aspek pendidikan dan maklumat
  • Mudah bergaul dan memahami budaya asing
  • Mampu menjadi masayarakat yang berdaya saing
  • Menambah kenalan dari seluruh pelusuk dunia
  • Mencapai objektif kesefahaman bersama

Tuntasnya, mempelajari bahasa asing memberi manfaat kepada mereka yang mempelajari dan menguasainya. Akan tetapi, niat mempelajari bahasa asing hendaklah baik dan bukan untuk dibangga-banggakan. Semoga dengan mempelajari bahasa asing dapat dimanfaatkan secara global dan dipraktikkan secara eksklusif.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.