Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Kelebihan dan adab memberi salam yang diajarkan dalam hadis

Masyarakat 02 Dis 2020
Pilihan
Kelebihan dan adab memberi salam yang diajarkan dalam hadis
Kelebihan dan adab memberi salam yang diajarkan dalam hadis © Ahmad Hafiz Ismail | Dreamstime.com

Artikel ‘Kelebihan dan adab memberi salam yang diajarkan dalam hadis’ membincangkan mengenai adab dan salam. Sebagai orang Islam, kita mengetahui bahawa hukum memberikan salam adalah sunat. Manakala hukum menjawabnya pula adalah wajib.

Namun, timbul sedikit kekeliruan mengenai tatacara atau adab yang betul berkenaan memberi salam. Siapakah yang patut memberikan salam terlebih dahulu? Hadis ini terangkan dengan jelas mengenainya.

Kelebihan dan adab memberi salam yang diajarkan dalam hadis

Islam bukan hanya berkisar mengenai soal akidah dan juga ibadat. Islam juga mementingkan soal adab dan juga akhlak walaupun sesama bukan Muslim bahkan haiwan. Tatacara muamalah atau pergaulan sesama manusia sangat dititikberatkan dalam Islam. Ini termasuklah cara yang betul dalam memberi salam.

Terdapat satu hadis nabi yang menerangkan berkenaan adab memberi salam. Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai jumlahnya.”

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari disebutkan juga:

“Dan orang yang muda kepada orang yang tua.”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan juga Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut, Nabi Muhammad SAW telah memberikan panduan atau adab yang betul dalam memberikan salam. Ringkasnya adalah seperti berikut:

  1. Orang yang menaiki kenderaan hendaklah memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki
  2. Mereka yang berjalan kaki pula hendaklah memberikan salam terlebih dahulu kepada mereka yang sedang duduk
  3. Orang yang berada dalam jumlah kelompok yang sedikit perlulah memberikan salam kepada mereka dalam kelompok yang lebih ramai
  4. Golongan yang lebih muda disarankan untuk memberikan salam kepada individu yang lebih berusia

Kelebihan memberikan salam

Tidak rugi jika seseorang itu memberikan salam terlebih dahulu kepada individu lain walaupun kepada individu yang tidak dikenali.

Bahkan, kita akan mendapat pahala kerana memberikan salam kepada orang lain. Antara kelebihan lain memberikan salam ialah:

  1. Allah akan memberikan kehormatan serta kemudahan dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup kita. Ini kerana, melalui salam, kita sebenarnya telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk orang lain
  2. Memberi salam memupuk sifat untuk menghormati orang lain. Dengan cara ini, ia secara tidak langsung mendidik diri kita untuk sentiasa merendah diri dalam kehidupan
  3. Memberi salam dikira sebagai satu ibadah yang sama dengan sedekah

Berilah salam kepada sesiapa sahaja

Mengucapkan salam tidak terhad kepada mereka yang dikenali sahaja. Kita boleh memberikan salam kepada individu lain yang kita jumpa walaupun tidak mengenali mereka.

Malah, jika kita memberikan salam kepada orang yang tidak dikenali, kita sebenarnya sedang mewujudkan hubungan silaturrahim yang baharu sesama manusia. Mengeratkan silaturrahim pula adalah satu perkara yang amat digalakkan dalam Islam.

Oleh itu, latihlah diri kita untuk mula memberikan salam kepada individu lain berpandukan adab yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.