Kelebihan Membaca Surah Terpendek – Al Kautsar

Sahsiah Helmi Anuar 17-Jul-2019

Surah Al-Kautsar adalah surah yang terpendek yang pernah diturunkan kerana hanya mengandungi tiga ayat. Ia telah diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur Nabi Muhammad S.A.W. kerana ketika baginda sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ini diturunkan.

Biarpun hanya mengandungi 3 ayat, namun terdapat pelbagai manfaat dengan mengamalkan membaca surah ini.

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa mudah-mudahan Allah S.W.T. memakbulkan doa kita
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan ke leher, Inshaallah hilang dahaga
  3. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah S.W.T. memberi ilham di mana letaknya sihir itu
  4. Jika rajin membaca surah ini, hati kita akan lembut dan lebih kusyuk dalam solat
  5. Jika dibebani hutang, amalkan membaca surah ini mudah-mudahan Allah S.W.T memberikan jalan untuk melangsaikan hutang
  6. Jika teraniaya, baca surah ini, mudah-mudahan Allah S.W.T. akan memberi bantuan kerana orang yang teraniaya adalah orang yang dizalimi.

Mari kita amalkan membaca surah yang mudah untuk dihafal ini. Dari kita asyik berbual kosong dan tidak berbuat apa-apa, sekurang-kurangnya dapat juga pahala dan keberkatan dari membaca surah ini. Selamat beramal!

 

 

Sumber : mukminsolution.com

Foto : Tyson Dudley