Kelebihan Puasa Arafah

Puasa Arafah adalah puasa di hari Arafah iaitu hari kesembilan bulan Dzulhijjah. Ia dilakukan sehari sebelum kita menyambut Aildiladha.  Puasa ini sangat digalakkan untuk umat Islam yang tidak pergi haji seperti mana yang terdapat dalam riwayat dari Rasulullah S.A.W tentang puasa Arafah.

Dari Abu Qatadah Al-Anshairy berkata ” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang keutamaan puasa pada hari Arafah. Maka baginda menjawab “Menghapuskan kesalahan tahun yang lalu dan sesudahnya” (HR.Muslim no.1162)

Di dalam hadis yang mulia ini terdapat dalil dan hujah yang sangat kuat tentang waktu puasa Arafah, iaitu pada hari Arafah ketika manusia wuquf di Arafah. Kerana puasa Arafah ini terkait dengan waktu dan tempat. Bukan dengan waktu saja seperti umumnya puasa-puasa yang lain. Oleh kerana puasa Arafah itu terkait dengan tempat, sedangkan Arafah hanya ada di satu tempat iaitu di Arab Saudi di  kota Makkah bukan di Malaysia atau di negeri-negeri yang lainnya, maka waktu puasa Arafah adalah ketika kaum muslimin wuquf di Arafah.

Bagi yang tinggal di Malaysia, puasa Arafah jatuh pada 10 Ogos 2019 iaitu pada hari Sabtu. Berikut adalah niat puasa hari Arafah.

 

Marilah kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa sunat ini yang hanya boleh dilakukan setahun sekali sahaja. Ganjaran utama yang bakal kita perolehi dengan melakukan puasa Arafah adalah dosa-dosa kita pada tahun lepas dan tahun depan akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Rugi jika tidak dilakukan.

 

Sumber : Wikipedia , mysumber.com 

Foto : stuff.co.nz , www.mysumber.com