Keluarga empat mati dalam kemalangan jalan raya di New Zealand

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Kemalangan yang berlaku di State Highway 1, Kaikoura, New Zealand, pada 6 Disember telah merampas nyawa pasangan suami isteri Dr Rumihati Abd Hamid, 49, dan Adanan Jemain, 49, dan dua orang anak, Nur Irfan, 15 dan Maisarah Arifah, 13.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Uda Sulai, menziarahi keluarga mangsa di Kamping Ulu Putatan pada 8 Disember.

Beliau berkata bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada ahli keluarga empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di New Zealand, termasuk urusan jenazah empat beranak itu yang dijangka dikebumikan di Christchurch esok.