Kemalangan jaya raya meragut nyawa pasangan kembar

Uncategorized Yen Doran 23-Dis-2019

Suatu kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kilometer (KM) 1.1, bertempat di Jalan Changkat Jering-Taiping, pada 7 Dis telah meragut nyawa pasangan kembar berumur 16, iaitu Muhammad Nabil Muhamad Fakri dan Muhammad Najib.

Motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki mereka yang ditunggang Muhammad Najib bertembung dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang P. Morhintheran, 23.

Bapa mangsa mengesahkan identiti Muhammad Nabil pada hari kejadian.

Adik kembar pasangan itu yang cedera parah dalam kemalangan tersebut iaitu, Muhammad Najib 16, pula meninggal dunia di Hospital Taiping, pada pukul 2 pagi, 23 Disember.