Kematian bayi jatuh katil meningkatkan perhatian ibu bapa tentang keselamatan bayi

Uncategorized Yen Doran 16-Dis-2019

Satu kejadian malang berlaku di Taman Pasir, Ipoh pada 14 Disember, seorang bayi perempuan lapan bulan maut akibat lemas selepas terjatuh dari katil dan termasuk ke dalam bakul sampah di rumah pengasuhnya.

Hasil pemeriksaan bedah siasat dapati sebab kematian adalah kerana ‘asphyxza’ iaitu kelemasan.

Ibu bapa harus ambil perhatian serius tentang keselamatan bayi semasa tidur kerana kes-kes kematian bayi akibat kecuaian pengasuhnya bukan isu baru.