Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Kematian: menolong seseorang yang bersedih hati

Masyarakat 21 Feb 2021
Hanita Hassan
Kematian: menolong seseorang yang bersedih hati
Kematian: menolong seseorang yang bersedih hati © Chernetskaya | Dreamstime.com

Kita mungkin pernah melalui situasi di mana kita perlu membantu seseorang yang sedang bersedih kerana kematian orang yang disayangi. Kita boleh membantu dengan mengingatkan mereka bahawa suatu hari nanti kita semua juga pasti akan meninggalkan dunia ini. Ia adalah sesuatu yang semua akan alami.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.”

(Surah al-i ’Imran, ayat 185)

Menolong seseorang yang bersedih hati

Tiada ada satu pun di dunia ini yang kekal – semuanya sementara sahaja. Kita tidak tahu bila kita akan mati, tetapi kita tahu bahawa kematian telah ditakdirkan Allah SWT dan ia adalah pasti.

Oleh itu, sekiranya kita masih lagi kecewa kehilangan orang yang rapat, maka berusahalah sedaya upaya untuk mengingati dan mengingatkan orang lain, bahawa kematian adalah sesuatu yang telah tertulis untuk semua.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).”

(Surah al-Hijr, ayat 99)

Kita juga boleh membantu mereka yang sedang bersedih dengan mengingatkan mereka tentang apa yang boleh dilakukan kepada orang yang telah meninggal dunia. Mereka boleh membuat pelbagai projek sedekah amal jariah agar allahyarham mendapat ganjaran pahala.

Banyak projek yang boleh disumbangkan. Sebagai contoh,  ada badan amal yang membina perigi air di kawasan  kekurangan air, sehingga seluruh kawasan  memperoleh manfaat daripada bekalan air bersih yang berterusan  dan selamat digunakan.

Kita juga boleh menggalakkan mereka yang sedang bersedih untuk melakukan solat dan berdoa agar dosa-dosa allahyarham diampunkan oleh Allah SWT. Memohon doa supaya Allah SWT menerima kebaikan yang mereka lakukan di dunia  dan memberi ganjaran atas usaha yang mereka telah lakukan.

Kita  menasihati mereka agar berdoa  supaya  Allah SWT memasukkan allahyarham ke dalam Syurga dengan mudah. Kita juga perlu memberitahu orang sekeliling tentang kematian allahyarham dengan niat  mereka juga akan berdoa untuk allahyarham.

Ujian dunia memerlukan kita memperbanyak sabar

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Seterusnya ingatkanlah mereka bahawa orang yang sedang bersedih akan memperoleh ganjaran pahala sekiranya mereka bersabar. Tidak diragukan memang sukar untuk mengatasi kesedihan, namun pahala kesabaran yang dijanjikan adalah sangat besar.

Kita juga harus mengingatkan mereka bahawa Allah SWT sentiasa melihat setiap perjuangan yang kita hadapi. Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

(Surah al-Hadiid, ayat 4)

Ujian di dunia ini sangat banyak untuk dihadapi, satu-satunya cara untuk membantu kita berjaya dalam kehidupan di dunia dan seterusnya di akhirat ialah kita perlu memperbanyakkan sabar.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(Surah al-Baqarah, ayat 153)

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun.’’

(Surah al-Baqarah, ayat 156)