Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Kembali mendaki Gunung Kinabalu

Asia 09 Jan 2021
Terkini oleh Hanita Hassan
Kembali mendaki Gunung Kinabalu
Kembali mendaki Gunung Kinabalu © Happystock | Dreamstime.com

Aktiviti pendakian ke puncak Kinabalu telah dibuka semula bermula pertengahan 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Tata cara normal berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpakai bagi aktiviti rekreasi termasuk pendakian Gunung Kinabalu.

Bagi para pendaki, hanya 100 pendaki dibenarkan dalam sehari untuk mendaki berbanding sebelumnya kira-kira 165 orang.

Kembali mendaki Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara. Ia adalah antara 20 gunung yang paling dikenali di seluruh dunia.  Gunung yang pertama ialah Gunung Everest.

Berketinggian 4,095 meter, ia terletak di Tapak Warisan Dunia, Taman Kinabalu, Kundasang.  Perjalanan dari Kota Kinabalu melalui jarak sejauh kira-kira 90 kilometer.

Pondok Timpohon atau Timpohon Gate adalah laluan yang biasa digunakan oleh para pendaki.  Anda perlu melaporkan diri dan menandatangani borang kepada petugas sebelum memulakan pendakian.  Boleh dikatakan hampir 90% laluan adalah bertangga. Sesekali anda akan melalui laluan mendatar.

Base camp bagi pendakian Gunung Kinabalu adalah di Panalaban.  Ia juga dikenali sebagai Laban Rata dengan ketinggian 3,275 meter dari aras laut.  Terdapat tujuh pondok perhentian sebelum sampai ke base camp.

Perhentian tersebut ialah Pondok Kandis (0.8 kilometer),  Pondok Ubah (1.4 kilometer),  Pondok Lowii (2.3 kilometer), Pondok Mempening (3.3 kilometer), Pondok Layang-layang (3.8 kilometer), Pondok Villosa (4.7 kilometer) dan Pondok Paka (5.3 kilometer).  Kemudahan seperti tandas, air paip dan tong sampah disediakan di setiap perhentian.

Pendakian pergi balik terbahagi empat fasa

Pendakian ke puncak gunung dan kembali boleh dibahagi kepada empat fasa.  Anda akan bermula di Pondok Timpohon menuju ke Panalaban (Laban Rata) sekitar lima ke tujuh jam. Perubahan ketinggian akan mula dirasai apabila anda berada pada 1,866 meter sehingga 3,273 meter dari aras laut.

Fasa kedua adalah pendakian dari Panalaban ke puncak Gunung Kinabalu (Low’s Peak) sekitar 2.72 kilometer.  Fasa ketiga adalah pendakian turun dari puncak gunung ke Panalaban.  Seterusnya fasa keempat adalah dari Panalaban ke Pondok Timpohon.

Setelah berehat dan makan secukupnya di Panalaban, anda akan naik ke puncak seawal jam tiga pagi. Makan dahulu sebelum bergerak. Jangan makan terlalu berat. Bawa sekali baju sejuk, penutup kepala dan muka, sarung tangan kalis air, head lamp, kamera, snek dan air minuman.

Pakai ‘name tag’. Chek point seterusnya sejauh 1.2 kilometer iaitu di Pondok Sayat-sayat (3,668 meter dari aras laut).  Pastikan tiba sebelum jam lima pagi. Laluan ke puncak berbatu-batu dan tidak berapa curam. Namun sesekali anda terpaksa menggunakan tali untuk berpaut.  Kekuatan fizikal tidak cukup tanpa kekuatan mental.

Cuaca sejuk dan kepenatan boleh membuatkan anda menggunakan banyak tenaga.  Sebaik sahaja melihat puncak Kinabalu, semua kepenatan itu terbang.  Peluang ini hendaklah digunakan sebaik mungkin.  Bagi pendaki muslim, anda boleh melakukan sujud syukur sebaik tiba di puncak.

Sesungguhnya betapa banyak latihan yang dilakukan, namun yang menyampaikan hasrat pada akhirnya adalah Allah SWT. Dia-lah yang mengetahui setiap kejadian. Sebagai hamba-Nya yang beriman, kenanglah kepayahan ini sebagai ujian dalam hidup.  Kejayaan mencapai puncak Kinabalu adalah pengalaman yang boleh dikongsi untuk menguatkan semangat orang lain.