Kembara Tujuh Sajian Di Cinnamon Coffee House

Setiap tahun, Bufet Ramadan yang ditawarkan oleh One World Hotel, Petaling Jaya tidak pernah mengecewakan. Bertempat di Cinnamon Coffee House, tahun ini sajian Ramadan hotel ini membawakan tema ‘Kembara Tujuh Sajian’.

Ia menampilkan makanan tradisi dan makanan jalanan popular dari tujuh buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Melaka, Perak and Negeri Sembilan.

Menjenguk ke kaunter bufet, memang anda akan rambang mata kerana semua hidangan sungguh menyelerakan. Lebih-lebih lagi ada menu masakan kampung yang mungkin susah untuk dinikmati pada hari-hari biasa. Lagipun bukan sedikit menu yang tersedia, tetapi ada lebih daripada 100.

Antara menu yang sukar dilepaskan dan disarankan oleh Executive Sous Chef Saiful, Baharin ialah  Kari Ayam Kandar, Sambal Udang Petai, Kambing Semur Kerisik, Gulai Daging Tetel Kawah Tok, Asam Ikan Pedas, Perut Lembu Masak Cili Api dan Sayur Pucuk Manis.

Selain itu ada juga kaunter pelbagai jenis sup yang membuka selera seperti Sup Gearbox, Sup Ekor, Sup Daging, Sup Perut dan Sup Campur.  Jangan lupa menjengah ke bahagian luar kafe, ada banyak lagi hidangan menanti seperti Patin Masak Tempoyak, Sate, Pasembor, Rendang Daging dan Dendeng Daging.

Sebelum mengakhiri sesi berbuka puasa anda, jangan lupa mencuba hidangan pemanis mulut seperti Coconut Choux, Apple Cinnamon Frangipane, Baked Lime Cheese Cake, Mango Panna Cotta, Raspberry Éclair, Pavlova dan tidak ketinggalan yang bercitarasa tempatan seperti kuih-muih tradisional, Kek Kukus, Pengat Pisang, Ais Kacang and Pulut Serawa Durian.

‘Kembara Tujuh Sajian’ dihidangkan bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam dari 24 April sehingga 4 Jun 2019. Harga untuk dewasa ialah RM175 bersih dan untuk kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun ia berharga RM90 bersih.

Anda dinasihatkan supaya membuat tempahan awal untuk mengelakkan ketiadaan tempat duduk. Sila hubungi talian 603 – 7681 1157 atau emel [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Kredit foto : One World Hotel, Petaling Jaya