Kemboja belasah skuad bawah 22 Malaysia

Uncategorized MAS 04-Dis-2019

Bola sepak negara mencatat sejarah hitam setelah tewas 1-3 kepada Kemboja pada Sukan SEA 2019 Manila. Kekalahan ini adalah yang kedua berturut-turut selepas diaibkan 0-1 ketika menentang Filipina.

Babak-babak kemenangan Kemboja bermula pada separuh masa kedua apabila In Sodavid berjaya menjaringkan gol pada minit ke-56. Dua gol lagi dijaringkan oleh Sieng Chanthea pada minit ke-58 dan Keo Sokpheng pada minit ke-68. Gol saguhati Malaysia dijaringkan pemain gantian, Quentin Cheng pada minit akhir permainan.

Reputasi Kim Swee sebagai pengendali pasukan yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 dilihat sudah tercalar akibat kegagalan layak ke pusingan kalah mati.