Kementerian ada SOP kalau banjir berlarutan libatkan sekolah

Uncategorized Ahmad Mahmud 17-Dis-2019

KLUANG, 17 Dis – Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Kementerian Pendidikan akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada bagi sekolah yang terlibat sebagai pusat pemindahan sementara (PPS), jika banjir terus berlarutan menjelang permulaan sesi persekolahan baharu awal tahun depan.

Selain melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau di Simpang Renggam, Dr Maszlee turut ke beberapa PPS lain antaranya Balai Islam Kampung Parit Haji Basri, Balai Raya Kampung Paya Palembang, SK Sri Maju Jaya dan Sekolah Agama Layang-Layang.

Pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  berjanji akan memperbaiki sistem perparitan di kawasan yang sering terjejas banjir.