Kempen Kemerdekaan AirAsia Tampilkan Tun M Dan Pak Samad

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan tiba, AirAsia melancarkan kempen ‘Perjalanan Anda, Dedikasi Kami’ yang bertujuan bagi meraikan perpaduan rakyat Malaysia.

Tampil lain daripada yang lain, kempen kemerdekaan yang bermula pada 26 Ogos 2019 itu dimulakan dengan pelancaran sebuah video berjudul ‘Hidup Bersama’.

Tambah menarik, video itu bukanlah video muzik, filem web atau lagu patriotik seperti yang sering kita lihat.

Sebaliknya ia merupakan sebuah deklamasi puisi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Sasterawan Negara yang disegani, Datuk Seri A. Samad Said.

Puisi yang dicipta sendiri oleh Pak Samad itu berkisarkan dan menggambarkan tentang kehidupan seharian rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat yang sama-sama berusaha untuk menjadikan masa depan yang lebih baik.

 

Dideklamasikan pula oleh dua tokoh yang hebat serta banyak berjasa kepada negara, pasti penonton akan dapat merasa tiupan semangat patriotisme dengan bait-bait rangkapnya yang puitis dan memberikan maksud mendalam.

“Kekuatan Malaysia adalah terletak pada rakyat dan kepelbagaiannya.

“Tahun ini, kami ingin menunjukkan bahawa kepelbagaian ini adalah kekuatan kita, walaupun kita semua berbeza.

“Dalam erti kata lain, AirAsia adalah seperti sebuah negara kecil, di mana Allstars (staf AirAsia) kami yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang berganding bahu untuk memastikan kejayaannya seperti hari ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

 

Setakat artikel ini ditulis, video ‘Hidup Bersama’ telah ditonton oleh 1.2 juta orang.

Sejajar dengan misi AirAsia untuk mengutamakan para penumpangnya, kempen ‘Perjalanan Anda, Dedikasi Kami’ akan dijalankan melalui pelbagai platform siaran, digital, cetak dan lain-lain.

Dalam pada itu, bagi meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AirAsia turut menawarkan diskaun 20% (daripada tambang asas) untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan.

Ia adalah untuk tempahan bermula sekarang hingga 1 September 2019 bagi perjalanan antara 2 September 2019 hingga 19 November 2019.

Selain itu, penumpang juga berpeluang untuk jimat sebanyak 5% bagi tempahan hotel dengan menggunakan kod promosi AAHOTEL5, dan 20% untuk Pilihan Tempat Duduk jika anda membuat perjalanan bersama keluarga atau rakan-rakan, atau pilih Tempat Duduk Hot Seat.

Kesemua tempahan tersebut boleh dibuat di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Foto: AirAsia Newsroom & YouTube

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Puisi yang dicipta sendiri oleh Pak Samad itu berkisarkan dan menggambarkan tentang kehidupan seharian rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat yang sama-sama berusaha untuk menjadikan masa depan yang lebih baik.