Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Kenali Baju Melayu Cekak Musang

Gaya 06 Feb 2021
Pilihan oleh Hagnas
Kenali Baju Melayu Cekak Musang
Kenali Baju Melayu Cekak Musang © maskulin.com.my

Baju Melayu adalah pakaian tradisional Melayu, berasal dari istana Melaka, dan secara tradisional dipakai oleh lelaki di Malaysia, Singapura, Indonesia (terutamanya di Sumatera), Brunei, dan selatan Thailand.

Di Malaysia contohnya, Baju Melayu Cekak Musang terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Manakala Baju Melayu Teluk Belanga terkenal di negeri-negeri sebelah Selatan Malaysia.

Menurut sejarah Melaka, Sultan Muhammad Syah Melaka pada waktu itu ingin mewujudkan identiti Melayu dan tidak menggalakkan rakyatnya memakai pakaian Arab dan Barat. Baju Melayu dipakai pada hari raya, bila ke masjid, pada aktiviti-aktiviti keagamaan dan juga aktiviti-aktiviti rasmi dan aktiviti yang melibatkan adat istiadat Melayu.

Syarat memakai pakaian bagi Muslim

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”

(Surah al-A’raf, ayat 26)

Pakaian mestilah longgar dan menutup aurat, tidak berbayang dan tidak ketat. Pakaian Muslim juga hendaklah tidak menyerupai pakaian ibadah agama-agama lain. Wanita Muslimah tidak boleh memakai pakaian menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Menurut sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semua lelaki Melayu yang pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat dikehendaki memakai sepersalinan Baju Melayu yang bersih. Ini biasanya dilengkapi dengan bertanjak dan penggunaan wangian kasturi.

Keunikan Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu Cekak Musang berbeza dengan baju Melayu Teluk Belanga pada leher baju. Leher baju Melayu Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India dan bertindan di bahagian butang.

Biasanya baju Melayu ini mempunyai lima butang iaitu dua butang di bahagian atas leher dan tiga butang di bahagian bawah (dada). Ini sebenarnya mempunya makna yang terkait dengan agama Islam. Di sesetengah kawasan, baju Melayu ini menggunakan tiga butang sahaja di bahagian dada.

Walaupun terdapat beberapa jenis rekaan seluar di alam Melayu, seluar yang dipilih secara tradisi untuk Baju Melayu Cekak Musang adalah sama dengan Teluk Belanga, iaitu jenis seluar Kabul yang bertakak (dibuat daripada dua helai kain yang dijahit bersambung).

Sampin yang dipadankan dengan Cekak Musang pula menggunakan kain songket atau boleh juga menggunakan kain pelikat. Biasanya sampin dipakai di sebelah luar baju ini. Bagi jenis Teluk Belanga pula, sampin dipakai di sebelah dalam baju. Terdapat beberapa gaya ikatan sampin iaitu ikatan Pancung, Kembung dan Lingkup.