Kenali negara Syam

Sejarah Zalika Adam
Terkini
Kenali negara Syam
Kenali negara Syam © Robert Bayer | Dreamstime.com

Tahukah anda, apakah negara-negara yang dipanggil sebagai ‘Negara Syam’ ketika zaman Nabi Muhammad SAW? Pada zaman dahulu kala, Syam adalah sebuah negara yang besar.

Namun pada masa kini, negara ini berpecah kepada empat buah negara. Selepas berlaku pergelutan kuasa, negara tersebut berada di bawah empat orang pemimpin yang berbeza.

Kenali negara Syam

Negara-negara Syam ialah: Jordan, Palestine, Syria dan Lubnan.

Negara Syam banyak disebut dalam buku Sejarah Islam yang mengaitkan peristiwa Rasululllah SAW berhijrah untuk berniaga. Betapa luasnya negara Syam, Baginda mampu menyebarkan dakwah dan berniaga ke seluruh kawasan tersebut.

Jordan

Jordan merupakan sebuah negara Arab terletak di Asia Barat bersempadan dengan Syria, Iraq, Tebing Barat Israil dan Arab Saudi. Pada tahun 1921 negara Jordan didirikan.

Jordan diakui oleh Liga Bangsa-bangsa sebagai sebuah negara di bawah mandat Britain, dikenali sebagai Emerat Transyordanial (1992). Pada tahun 1946, Jordan bergabung dengan Perikatan Bangsa-bangsa sebagai negara merdeka, dikenali sebagai Kerajaan Hasyimiyah Jordan.

Palestine

Merujuk kepada era Rom, Palestine ialah kawasan Timur Tengah antara Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Sungai Jordan. Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah (1922) iaitu selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah Palestine.

Palestine telah terpecah kepada Israel, Jordan, Tebing Barat, dan Jalur Gaza diserahkan kepada pihak British sebagai mandat British Palestine. Lokasi Palestine terletak di tengah-tengah negara Arab, menjadikan kedudukannya strategik, juga tempat turunnya agama Samawi dan tanah yang subur.

Syria

Syria ialah sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat Daya. Ia bersempadan Laut Mediterranean dan Lubnan di Barat, Israel di barat Daya, Jordan di Selatan, Iraq di Timur dan Turki di Utara.

Negara Syam dijajah oleh Perancis dan mendapat kemerdekaan pada tahun 1946. Ibu negara Syria ialah Damsyik pernah menjadi pusat pentadbiran Empayar Umayyah dan wilayah Empayar Mamluk. ‘Syria’ berasal daripada perkataan Greek Kuno. Perkataan ‘Asyyria’ digunakan oleh orang Greek merujuk kepada penduduk Akkadia.

Lubnan

Negara Lubnan atau Lebanon merupakan sebuah negara Arab di barat Laut Asia di Timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan Syria serta Israel.

Lubnan mengalami kemajuan yang membanggakan terutama dalam bidang pelancongan, pertanian dan perbankan selepas Perang Dunia Saudara Lubnan (1975-1990). Lubnan terkenal dengan pusat perbankan dunia Arab, dipanggil ‘Switzerland Timur Tengah’. Beirut ibu negara Lubnan dipanggil juga dengan ‘Paris Timur Tengah’.

Penting mengenali sejarah 

Apabila kita mengenal sejarah, maka kita akan mengenal secara tidak langsung perkembangan dan penyebaran agama Islam di Tanah Arab di Syam. Semua negara Syam adalah kawasan subur, tempat penyebaran agama Islam.

Justeru, negara Syam juga dikenali sebagai ‘Bumi anbiya’, kerana terdapat banyaknya makam-makam para nabi dan sahabat di negara-negara tersebut.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.