Kenapa Rasulullah SAW berpoligami?

Islam untuk Pemula Abi Aasim
Kenapa Rasulullah SAW berpoligami?
Kenapa Rasulullah SAW berpoligami? © Rawpixelimages | Dreamstime.com

Poligami ini merupakan satu topik yang kurang selesa untuk dibincangkan oleh sesetengah pihak. Ketahuilah bahawa poligami ini adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam. Artikel ini akan cuba menerangkan kenapa Rasulullah SAW berpoligami.

Jelas bahawa berpoligami adalah sunah Nabi Muhammad SAW. Namun, ianya perlu diteliti dan difahami dengan mendalam.

Kenapa Rasulullah SAW berpoligami?

Nabi Muhammad SAW tidak pernah berpoligami sepanjang hidup isteri pertama baginda iaitu Siti Khadijah r.a. Setelah kematian isterinya, barulah Baginda mengamalkan poligami. Namun begitu semuanya ada tujuan yang tertentu.

Berikut adalah sebab-sebab utama Rasulullah SAW mengahwini isteri-isteri Baginda dan mengamalkan kehidupan berpoligami.

  • Khadijah binti Khuwailid r.a – hartawan dan bangsawan Quraisyyang banyak menyumbangkan dana untuk Islam
  • Aisyah binti Abu Bakar r.a – mengikuti wahyu yang diturunkan Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Aisyah telah meriwayatkan banyak hadis dari Rasulullah SAW
  • Hafsah binti Umar r.a – memberi perlindungan kepada balu sahabat yang gugur di medan perang. Mengeratkan persaudaraan dan memuliakan sahabat Baginda yang banyak berjasa kepada agama Islam
  • Zainab binti Khuzaimah r.a – menghilangkan kesedihan yang datang secara bertimpa-timpa. Memberi perlindungan setelah kematian suami. Memberi kasih sayang terhadap anak-anak yang kehilangan bapa
  • Ummu Salamah binti Umayyah r.a – memuliakan isteri sahabat yang telah mati syahid
  • Zainab binti Jahsh r.a – memberi penghormatan kepada Zainab
  • Juwayriyah binti Harith r.a – menghapuskan rasa dendam Bani Mustaliq terhadap kaum Muslimin selepas tewas dalam peperangan. Berikutan perkahwinan ini, sebahagian besar kaum Bani Mustaliq memeluk Islam
  • Ummu Habibah binti Abu Sufyan r.a – agar Ummu Habibah tidak terus dibelenggu kesedihan serta melemahkan imannya. Melembutkan hati bapanya, Abu Sufyan yang merupakan musuh ketat Islam dan ketua kaum Musyrikin
  • Saffiyah binti Huyay r.a – melindunginya sebagai tawanan perang yang dibebaskan. Memberi penghormatan kepada anak ketua pemimpin Yahudi. Menarik minat kaum Yahudi terhadap Islam
  • Maymunah binti al-Harith r.a – memuliakan bapa saudara Baginda, Abbas kerana banyak memberi perlindungan pada peringkat awal penyebaran agama Islam. Memujuk dan menarik minat dua tokoh kafir Quraisy yang terkenal iaitu Khalid bin al-Walid dan Abdullah bin Abbas

Berpegang pada syariat Islam, beramal dengan benar

Dalam kehidupan seharusnya kita berpegang pada syariat Islam dan sunah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Contohilah budi pekerti dan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan. Poligami tidak salah, tetapi yang salah adalah pengamalnya jika tidak memenuhi kehendak syariat.

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

(Surah an-Nisaa, 4 : ayat 3)

Poligami bukanlah hak, tetapi antaranya ialah tanggungjawab untuk memastikan keadilan sosial. Tujuan perkahwinan bukanlah untuk memenuhi kehendak nafsu seksual semata-mata. Dorongan seksual atau peranan seks adalah sekadar alat dan bukannya matlamat.

Tujuan utama perkahwinan adalah untuk menyempurnakan ikatan kasih sayang serta keharmonian antara suami dan isteri. Hayatilah kehidupan berumahtangga berlandaskan Islam, insya-Allah rumahtangga akan bahagia hingga ke jannah.