Kenapa solat waktu petang perlu dibisikkan?

Solat Hanita Hassan
Pilihan
Kenapa solat waktu petang perlu dibisikkan?
Kenapa solat waktu petang perlu dibisikkan? © Odua | Dreamstime.com

Terdapat dua solat yang dilakukan pada waktu siang hari – iaitu Zuhur ketika waktu makan tengah hari dan Asar pada waktu petang – yang mesti dibisikkan.

Daripada manakah semua peraturan ini datang?

Kenapa solat waktu petang perlu dibisikkan?

Perkara ini berpandukan daripada kisah benar. Kisah tentang bagaimana Nabi  Muhammad SAW yang telah dijemput oleh malaikat Jibril, dan melakukan perjalanan pada waktu malam ke BaitulMaqdis (Isra’) dan kemudian telah naik ke langit (Mikraj).

Allah SWT menyampaikan perintah kepada Nabi Muhammad SAW untuk menunaikan solat lima waktu setiap hari dan malaikat Jibrail a.s membimbing bagaimana untuk mengerjakannya.

Sekembali daripada mikraj, Nabi Muhammad SAW  mengumumkan dengan lantang tentang kewajipan bersolat yang diterima dalam perintah itu, namun para penyembah berhala yang mendengarnya mula mempersenda Nabi Muhammad dan mengaibkan Baginda.

Mereka menganggap kata-kata Rasulullah SAW sesuatu yang tidak masuk akal. Seolah-olah Baginda mereka-reka ayat tersebut dan mengatakan ia adalah perintah Tuhan, yang juga adalah kata-kata kekufuran yang melampau, memporak perandakan keadaan dan menyebabkan kekeliruan bagi mereka.

Ini kerana mereka tidak mengetahui apakah sebenarnya yang diperintahkan Allah SWT dan apakah itu bisikan daripada syaitan. Pada masa yang sama, Surah al-Israa’ telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, dan ditujukan kepada semua umat Islam yang beriman.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu seru, Dia mempunyai al-Asmaaul Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya, dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.”

(Surah al-Israa’, ayat 110)

Solat Zuhur dan Asar perlu dibisikkan

Rasulullah SAW dengan segera mengikut perintah ini dan menyatakan bahawa solat Zuhur dan solat Asar perlu dibisikkan (kerana tidak mahu mencuri tumpuan di tempat-tempat yang sesak dan supaya tidak mudah didengari oleh orang asing).

Dengan cara ini penyembah berhala tidak akan mendengarnya dan tidak lagi mempersendakan solat dan mencemarkan Nama Tuhan Yang Esa dengan ucapan kotor mereka.

Namun pada waktu malam dan pagi, ketika Nabi Muhammad SAW dan pengikut Baginda bersendirian di rumah dan tidak ada yang  melihat atau mendengar, mereka akan melafazkan solat yang selebihnya.

Solat-solat ini ialah solat Subuh, yang dilakukan sebelum terbit matahari; solat Maghrib yang dilakukan selepas terbenam matahari; dan solat Isyak yang dilakukan selepas senja.

Menunaikan solat pada waktu siang secara berbisik adalah perintah daripada Allah SWT yang sangat bijaksana. Ia juga memupuk dalam diri orang Islam kesopanan dan sifat pemalu, dan sifat-sifat yang sangat disukai oleh Allah.

Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang memiliki sifat pemalu dan Dia akan memastikan mereka mendapat ganjaran daripadanya. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Taala Maha Pemurah, kekal, dan Maha Penutup, Dia mencintai rasa malu dan sikap sitru (menutup aib).”

(Hadis riwayat Abu Dawud dan An-Nasai)

Pengecualian selepas hijrah ke Madinah

Daripada  Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Malu itu sebahagian daripada kesempurnaan iman dan iman (pada seseorang) itu berada di dalam syurga. Percakapan yang buruk itu pula termasuk daripada kekasaran dan kekasaran itu berada di dalam neraka.”

(Hadis riwayat At Tirmizi)

Sungguhpun begitu, terdapat pengecualian daripada peraturan tersebut iaitu menunaikan solat Jumaat secara jemaah dan menunaikan solat pada hari raya. Dua jenis solat ini telah diwajibkan (fardu) selepas berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan masyarakat Islam ke Madinah (Hijrah, pada tahun 622 Masehi).

Solat Jumaat telah diwajibkan bermula satu minggu selepas Hijrah dan solat hari raya dilakukan pada tahun kedua Hijrah. Komuniti Muslim merasakan diri mereka berada dalam keselamatan dan kebebasan ketika di Madinah. Tidak perlu takut dengan ejekan daripada penyembah berhala.

Oleh itu mereka dapat menunaikan solat dengan berani sambil memelihara peraturan lama secara utuh pada waktu yang sama.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.