‘Kenyataan saya, milik saya’ – Dr Mahathir tidak peduli jika India anggap beliau salah

Uncategorized Adea Ghafar 21-Dis-2019

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditemui selepas selesai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) berpendapat bahawa undang-undang kewarganegaraan yang baru diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara India, bersifat diskriminasi dan menyedihkan bagi orang Islam kerana pendatang dari Pakistan, Bangladesh, dan Afghanistan hanya boleh memiliki kewarganegaraan India jika mereka tidak beragama Islam.

Beliau menyuarakan pendapatnya susulan daripada reaksi New Delhi yang tidak mahu Malaysia mencampuri urusan dalaman negara lain.

Namun, Dr Mahathir menegaskan kenyataan itu adalah milik beliau dan tiada salahnya. Dan pihak media boleh mempercayai siapa sahaja yang mereka mahu.