Kepentingan menggunakan teknologi dalam pendidikan

Teknologi 11 Dis 2020 Zalika Adam
Pilihan oleh Zalika Adam
Kepentingan menggunakan teknologi dalam pendidikan
Kepentingan menggunakan teknologi dalam pendidikan © - Dreamstime.com

Perkembangan teknologi pada hari ini memberikan kaedah yang banyak dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Iaitu perubahan alat bantu lama kepada alat bantu lain yang lebih moden sesuai dalam proses pengajaran.

Kaedah teknologi membantu dalam bidang pengajaran bagi melaksanakan beberapa faedah penting, seperti yang diterangkan dalam 10 faedah di bawah.

Menjadikan proses pengajaran lebih menyeronokkan

Perkembangan teknologi menjadikan proses pengajaran lebih menyeronokkan daripada sebelumnya, kerana penggunaannya dalam pendidikan menjadikannya tempat yang sesuai dan menarik perhatian pelajar. Kaedah yang digunakan lebih laju dan dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan menarik, tidak membosankan dan tidak berulang. Ia juga menggunakan monitor, video dan media yang berbeza-beza untuk memberi semangat bagi mencapai objektif pembelajaran.

Meningkatkan kemampuan untuk mengakses maklumat

Melalui penggunaan teknologi dalam pendidikan, maklumat tersedia dapat diakses menggunakan Internet. Kaedah ini boleh meningkatkan kemampuan pelajar untuk mengakses maklumat yang besar, yang mungkin tidak disebutkan dalam subjek. Keadaan ini menyebabkan pelajar lebih berusaha dan menggunakan waktu. Namun, guru adalah penting untuk menambahkan kemampuan pelajar bagi mencapai maklumat yang terperinci melalui internet.

Menjadikan proses pembelajaran jauh lebih mudah daripada sebelumnya

Ini adalah kerana pelbagai teknik seperti video dan lain-lain digunakan dalam proses pengajaran. Ia juga dapat memudahkan maklumat disampaikan kepada pelajar. Kaedah pembelajaran lebih baik dan mudah terhadap guru-guru dari segi penyediaan masa dan membantu menambahkan produktiviti mereka. Seterusnya, tempoh masa yang panjang dapat diluangkan untuk memberi tumpuan kepada pelajar. Teknik teknologi moden ini memberi sumbungan dalam proses pengajaran secara dalam talian dengan jayanya. Walaupun jarak dan halangan memisahkan antara pelajar dan guru.

Kerjasama dan penyertaan yang bermakna antara pelajar

Kerana teknologi membolehkan komunikasi langsung antara pelajar dan guru. Hanya melalui satu klik, menekan satu butang, boleh menyumbang kepada kerjasama di antara mereka. Maka, proses pembelajaran membantu kualiti yang besar dan lebih baik. Teknologi juga dapat memberi manfaat secara besar bagi mengadakan projek bersama antara sesama pelajar.

Mempersiapkan masa depan pelajar dengan alat moden

Memberi sumbangan untuk mempersiapkan masa depan pelajar dengan alat moden yang membantu mereka, berfikir dengan cara yang baru dan kreatif.  Maka, generasi yang mampu mengikuti perubahan global dapat dihasilkan, berupaya menghasilkan teknologi dengan betul dalam pembelajaran, penyelidikan, kerjasama dan penyelesaian masalah. Semua hasil yang dinyatakan dapat menjadikan graduan menikmati masa depan profesional yang lebih baik, boleh berurusan dengan teknologi baru dan mempunyai kemahiran untuk meneroka dan mengembangkan ilmu.

Mengatasi halangan tempat dan masa

Teknologi dalam bidang pembelajaran boleh memecahkan halangan masa dan tempat. Walaupun guru dan pelajar berjauhan, namun komunikasi masih boleh dijalankan. Kerana mereka berupaya melihat antara satu sama lain melalui jaringan internet. Maka komunikasi dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat.

Membantu golongan OKU

Golongan kurang upaya (OKU) dapat dibantu bagi menyempurnakan pembelajaran mereka. Iaitu, jarak dan halangan dapat diatasi dengan kehadiran teknologi. Pelbagai aplikasi dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dan memberi mereka peluang untuk terlibat dalam proses pembelajaran dengan lebih baik.

Membolehkan guru memantau prestasi pelajar

Iaitu dengan menggunakan teknik moden, dapat membantunya membuat pangkalan data, iaitu merumuskan ujian, memantau prestasi, dan mencatat perbezaan individu antara pelajar.

Mengembangkan kemahiran membaca dan menulis

Teknologi boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran menulis dan membaca murid dalam pelbagai bahasa, penggunaan permainan elektronik khusus untuk mengajar dan menutur huruf, teka-teki menghibur yang membuka kotak pemikiran, papan kekunci dapat memudahkan pelajar dalam penulisan dan menjadikannya satu proses yang menyeronokkan.

Meningkatkan kemahiran peribadi pelajar

Ia seperti: cara mengurus masa, mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan orang lain, bekerjasama dan penyertaan secara positif, membantu pelajar yang pemalu untuk berinteriaksi dengan orang lain melalui penyertaan, meningkatkan usaha, mempercepatkan proses pembelajaran aktif, mengembangkan kecerdikan. Seterusnya, melalui teknologi juga, pelajar dapat berkembang dengan mengambil ujian elektronik. Kesemua ini, dapat melahirkan kepercayaan antara pelajar dan bahan pengajaran yang digunakan.

(Artikel diterjemah dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu)