Kepentingan Pengambilan Jus Buah-Buahan

Apakah yang menjadi pilihan anda untuk diminum dalam cuaca panas terik bagi menghilangkan dahaga tekak anda?

Aiskrim? Atau segelas jus buah-buahan?

Bagi memastikan anda kekal hidrat di bawah iklim panas Malaysia dengan suhu mencecah 30 darjah Celsius, segelas jus minuman mampu membekalkan tubuh dengan pelbagai nutrien penting seperti mineral, pelbagai jenis vitamin dan antioksida.

Misalnya, jus oren merupakan sumber terbaik bagi vitamin C, folat dan polyphenols serta turut disyorkan untuk memenuhi diet bagi pengambilan vitamin C.

Manakala segelas jus buah delima pula merupakan sumber terbaik untuk potassium, magnesium dan vitamin B.

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa pengambilan jus buah-buahan amat penting kepada kita.

Jus dapat membantu meningkatkan kadar pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran harian

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan sebanyak 400g buah-buahan dan sayuran setiap hari bagi seorang dewasa.

Namun, adakah kita menuruti saranan ini dan mudah berasa bosan untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kaedah biasa?

Jika anda berasa bosan dengan cara pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran harian, anda boleh menjadikannya lebih menarik dengan menghasilkan jus campuran buah-buahan untuk meningkatkan keperluan khasiat hariannya.

Jadilah lebih kreatif dengan menambah sayuran hijau seperti bayam atau kekacang seperti badam bagi menambahbaik perisa serta meningkatkan khasiat jus tersebut.

Memenuhi keperluan nutrisi harian dengan berkesan

Kebiasannya, jika anda sedang sibuk dengan pelbagai tugasan kerja, mesyuarat atau laporan yang perlu disiapkan, pasti anda akan memakan apa sahaja makanan yang mudah serta pantas disediakan, bukan?

Situasi ini akan mewujudkan tabiat diet yang tidak sihat serta pengambilan nutrien yang tidak seimbang.

Apabila seseorang itu tidak dapat memenuhi keperluan diet hariannya, mereka kebiasannya akan mengalami masalah-masalah lain seperti keletihan dan penurunan tahap tenaga.

Meskipun segelas jus bukanlah pengganti kepada hidangan sepinggan lengkap, sebuah hidangan jus buah dapat memberi seseorang kadar enzim yang sihat, mineral yang penting, viamin dan gula asli.

 

Tropicana Essentials sebagai alternatif snek yang mudah dan sihat

 Bagi individu yang menjalani cara hidup yang sibuk dan sentiasa berkejar ke sana sini, kini anda boleh mengubah tabiat pemakanan snek anda dengan menukarnya kepada pengambilan jus buahan sedia diminum, salad atau kacang.

Jika ada yang mencari-cari idea apakah produk-produk yang dapat memenuhi kriteria di atas, anda boleh mencuba Tropicana Essentials Orange Blend, Mango Blend atau Banana Blend yang terdapat dalam pek sedia diminum.

Merupakan sebuah minuman yang menyegarkan dan lazat serta boleh dinikmati pada bila-bila masa, Tropicana Essentials adalah kaedah  terbaharu untuk menghilangkan dahaga tekak serta membantu melengkapkan nutrisi harian anda.

Setiap minuman tersebut terdiri daripada campuran buah-buahan yang bukan sahaja meningkatkan keenakan rasa jus, malahan nilai keseluruhan nutrien, yang dalam masa sama membantu anda memenuhi nutrien harian.

Misalnya, Tropicana Essentials Orange Blend dipenuhi dengan pelbagai vitamin termasuk vitamin A, B3 dan B6, C serta E, manakala Tropicana Essentials Mango Blend pula mengandungi 5.3mg zat besi, yang merupakan mineral penting untuk pembentukan sel darah merah.

Sementara Tropicana Essentials Banana Blend pula menggabungkan kebaikan manfaat pisang, anggur putih dan strawberi yang mengandungi 267mg kalsium yang dapat membantu pembentukan tulang serta gigi yang kuat.

Justeru, anda boleh mendapatkan ketiga-tiga minuman ini bagi membantu melengkapkan pengambilan nutrien harian anda.

Jadi, selepas ini, jika anda berasa lapar pada pukul 4 petang, ambillah sebungkus atau dua Tropicana Essentials untuk memastikan anda kekal hidrat sepanjang hari.

Foto: Toni Cuenca, Trang Doan & Rawpixel.com (Pexels), Lewis Kuala Lumpur bagi pihak Tropicana Essentials