Kepimpinan ketika di asrama membentuk syakhsiah Islamiyah

Pendidikan 08 Mac 2021 Siti Nur Baiin Che Harun
Pendapat oleh Siti Nur Baiin Che Harun
Kepimpinan ketika di asrama membentuk syakhsiah Islamiyah
Kepimpinan ketika di asrama membentuk syakhsiah Islamiyah © MOHD AZAMI SARJU | Dreamstime.com

Setiap orang mempunyai kenangan dan memori tersendiri ketika berada di bangku sekolah. Lebih-lebih lagi yang tinggal di asrama. Jika diimbas semula segala kenangan ini mampu membuatkan kita tersenyum.

Mulalah rindu dengan suasana dan kenangan yang tercipta ketika di asrama bersama kawan-kawan tersayang.

Kepimpinan membentuk disiplin

Segala susunan jadual yang ditetapkan di asrama sangat membantu dalam membentuk disiplin seseorang pelajar itu. Walaupun ada sesetengah pelajar rasa tertekan untuk mengikuti tetapan peraturan ini.

Jadual yang telah ditetapkan adalah mengajar pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin dalam membentuk syakhsiah Islamiyah. Dalam usaha menyesuaikan diri dengan keadaan di asrama, tanpa sedar, mereka sebenarnya sedang memupuk disiplin diri.

Ini kerana, jadual yang ditetapkan perlu dipatuhi dan ianya sangat membantu membentuk disiplin diri.

Syakhsiah Islamiyah terbentuk dari pengisian selepas solat jemaah

Kebiasaannya, selepas solat berjemaah Subuh atau Asar, pelbagai pengisian akan diadakan di masjid atau surau asrama. Antara amalan bacaan yang akan dibacakan adalah Al-Ma’thurat, Kanzil Arasy, Doa Haikal, membaca tafsir Al-Quran dan lain-lain secara beramai-ramai.

Rutin ini bukan senang untuk menjadi amalan. Selain itu, antara amalan wajib selepas kelas prep, sekali lagi semua ahli bilik akan membacakan surah Al-Mulk dan Ayatul Kursi.

Di samping itu juga, kuliah Maghrib akan disampaikan oleh Murabbi-Murabbi yang hebat. Peluang keemasan ini susah untuk didapati jika berada di rumah sekaligus memberi tarbiyah dalam diri pelajar.

Jarak membentuk diri yang berdikari

Secara keseluruhannya, kepimpinan yang diterapkan ketika berada di asrama akan menjadi tarbiyah kepada pelajar apabila mereka keluar dan habis belajar nanti.

Mereka akan ingat semua apa yang mereka lalui di asrama dan mengambilnya sebagai pengajaran. Segala apa yang mereka pelajari akan menjadi sebuah pengajaran dan iktibar dalam membentuk syakhsiah Islamiyah.

Seperti Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah lagi (kepadanya):

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”

(Quran surah az-Zumar, 39 ayat 9)