Kerajaan digesa agar komited untuk turunkan harga makanan

Uncategorized MAS 18-Dis-2019

Penasihat Ekonomi kerajaan, Daim Zainuddin berhasrat supaya kerajaan komited untuk menurunkan harga makanan tahun depan. Menurut beliau, punca utama masalah berkenaan iaitu ketidakupayaan sektor pertanian untuk memenuhi permintaan domestik perlu ditangani terlebih dahulu.

Beliau menegaskan, akses kepada tanah dan pembiayaan merupakan punca utama kelemahan sektor pertanian. Beliau mencadangkan penubuhan agensi khas untuk mengendalikan dua punca terbabit. Birokrasi kementerian dan agensi juga perlu dikurangkan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian.

Komitmen kerajaan dan kesediaan rakyat untuk menumpukan kepada sektor pertanian mampu mengurangkan jumlah import makanan, bernilai RM52 bilion pada 2018. Penekanan terhadap sektor pertanian akan mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan pendapatan dalam sektor ini.