Kerajaan minta maklumat terperinci tawaran pengambilalihan PLUS dikemukakan sekali lagi

Uncategorized Adea Ghafar 11-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang ditemui di majlis makan malam dan perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM),  mengumumkan pendirian kerajaan yang meminta supaya maklumat terperinci berhubung tawaran pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd dikemukakan sekali lagi oleh pihak yang berminat.

Menurut beliau, semakan semula maklumat tawaran ini telah ditekankan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum kerajaan boleh membuat sebarang kelulusan.

Lima tawaran rasmi pengambilalihan konsesi lebuh raya PLUS telah diterima daripada Widad Group Bhd, Maju Holdings Sdn Bhd, RRJ Capital, Tan Sri Halim Saad dan Kementerian Kewangan.