Kerajaan negeri Sabah isytihar 24 Dis sebagai cuti am tambahan sempena Krismas

Uncategorized Adea Ghafar 11-Dis-2019

KOTA KINABALU, 11 Dis — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah telah mengisytiharkan 24 Dis sebagai cuti am tambahan sempena Perayaan Krismas bermula tahun ini.

Mohd Shafie yang ditemui di Majlis Perayaan Krismas Kota Kinabalu 2019 berkata, cuti ini telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet dan ia diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mereka yang menyambutnya. Sambutan Perayaan Krismas juga menjadi lambang perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di negeri Sabah.

Turut hadir ialah tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew.