Kerajaan Sabah beri sumbangan kepada keluarga nahas di New Zealand

Uncategorized Adea Ghafar 09-Dis-2019

PENAMPANG, 9 Dis – Sumbangan RM20,000 telah dihulurkan oleh Kerajaan Sabah kepada keluarga empat mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya yang berlaku Jumaat lepas di Kaikoura, New Zealand.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang juga ADUN Petagas, Datuk Uda Sulai telah menyampaikan sumbangan di kediaman ahli keluarga Allahyarhamah Dr Rumihati Abd Hamid di Kampung Ulu, Putatan. Bantuan itu diharap dapat meringankan beban keperluan ahli keluarga terbabit.

Kemalangan yang melibatkan kereta dan trak itu telah mengorbankan Dr Rumihati, 49, dan suaminya Adanan Jemain, 49. Turut terkorban  adalah dua anak mereka, Nur Irfan, 15 dan Maisarah Arifah, 13.