Kerana Iman, Pelakon Filem Dangal & Secret Superstar Undur Diri Dari Bollywood

Pelakon terkenal Bollywood iaitu Zaira Wasim, 19, telah membuat keputusan yang mengejutkan ramai pihak terutamanya peminatnya kerana ingin berhenti daripada dunia lakonan.

Zaira yang sebelum ini menempa populariti luar biasa selepas membintangi filem Dangal dan Secret Superstar membuat keputusan berkenaan kerana merasakan ia bercanggah dengan ajaran agamanya iaitu Islam.

Dia membuat pengumuman berkenaan di akaun media sosial miliknya. Kata Zaira dalam pengakuan itu, 5 tahun lalu dia telah membuat keputusan yang telah mengubah hidupnya iaitu dengan memilih untuk mejadi pelakon. Dan kini dia sekali lagi membuat keputusan yang akan mengubah hidupnya tetapi dengan meninggalkan dunia Bollywood.

Katanya lagi, biarpun dia diulit dengan populariti yang luar biasa, tetapi ini bukanlah apa yang diimpikannya dalam hidup. Zaira juga berasa tidak gembira dengan identiti dirinya sekarang kerana merasakan sekian lama dia bergelut dengan dirinya sendiri untuk menjadi orang lain.

Tambah Ziara, berada di dalam industri ini membuatkan imamnya mudah goyah. Dan sebagai seorang penganut agama Islam, dia tidak mahu terus kehilangan ‘barakah’ dalam hidup dengan melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Zaira turut berkongsi ayat Al-Quran yang menceritakan tentang dua perkara yang menjadi penyakit hati iaitu yang pertama ragu-ragu dan salah, yang kedua nafsu dan kehendak.

Di ruangan komen rata-rata netizen memuji tindakan Zaria yang tidak mementingkan populariti dan duniawi semata-mata. Namun ada juga peminat yang kecewa dengan tindakannya itu kerana merasakan masih terlalu awal untuk Zaira mengundur diri dari dunia Bollywood

Kenyataan Zaira itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti Bollywood yang merasakan Zaira tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan dia harus berhenti sahaja tanpa memberikan alasan kerana kenyataannya itu bakal memberikan tanggapan yang buruk kepada pelakon wanita yang beragama Islam yang lain.

 

Sumber : Instagram Zaira Wasim

Gambar : Rediff.com , Wireler