Kes polio pertama di Malaysia sejak 27 tahun

Uncategorized MAS 08-Dis-2019

Satu kes polio disahkan melibatkan bayi berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah. Ini merupakan kes pertama di Malaysia sejak diisytiharkan bebas polio 27 tahun lalu.

Noor Hisham Abdullah menjelaskan bayi berkenaan demam disertai lemah anggota badan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, dan disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1). Virus berkenaan disahkan berkait secara genetik dengan virus polio kes acute flaccid paralysis (AFP) yang berlaku di Filipina.

Bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dengan bantuan pernafasan dan dirawat di wad pengasingan.

Siasatan mendapati 11.6% kanak-kanak antara dua bulan hingga 15 tahun di kawasan jangkitan polio berkenaan tiada vaksinasi polio.