Kesan televisyen dan video terhadap kanak-kanak

Ruangan Kanak-kanak Zalika Adam 10-Sep-2020
dreamstime_s_47275440
Kesan televisyen dan video terhadap kanak-kanak © Brillianceeye | Dreamstime.com

(Terjemahan SalamWebToday bahasa Arab)

Pada hari ini, apabila kita bercakap mengenai televisyen, ia bermaksud televisyen dengan semua saluran, peristiwa, dan program yang dipaparkan. Tujuannya mungkin berleluasa ke YouTube dan cara lain yang serupa. Di sini, kita cuba untuk mengetahui bagaimana keadaan ini mempengaruhi pemikiran kanak-kanak, terutamanya pada tahap di mana mereka tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk.

Sebaliknya, seorang anak menjumpai alat kawalan jauh atau alat kawalan di tangannya, memutarkannya sesuka hati dalam siri program dan saluran yang berturut-turut. Keadaan ini mempengaruhi latar belakang kanak-kanak yang berada di tahap asas pembelajaran.

Kebanyakan kes ini terjadi apabila ibu bapa meninggalkan anak-anak mereka bersendirian untuk mengendalikan televisyen tanpa mengetahui bahayanya. Mereka cuba mengalihkan perhatian dengan saluran ini sehingga mereka berasa tenang dari masalah mereka. Masalah mula terjadi apabila kanak-kanak belajar dari saluran ini dan ianya lebih banyak mempengaruhi mereka.

Jadi sekiranya orang dewasa dapat mengawal apa yang dilihat oleh mereka, maka kanak-kanak tidak mengetahui dan meniru secara membuta tuli apa yang dilihatnya. Oleh itu, kanak-kanak menonton TV secara rawak dan tanpa kawalan ibu bapa, mempunyai akibat dan kerosakan yang serius.

Di sini kita cuba memfokuskan kepada beberapa perkara tersebut. 

Membazirkan masa: Ini adalah masalah terbesar akibat daripada kanak-kanak menonton TV sesuka hati mereka tanpa pemantauan daripada ibu bapa. Perkara ini mengakibatkan kanak-kanak menghabiskan berjam-jam masa tanpa mempelajari sesuatu yang berfaedah. Mereka mengisi masa lapang hanya dengan berseronok-seronok, kerana dengan bermain boleh mencergaskan akal, melakukan perkara negatif dan meningkatkan kecergasan.

Pendedahan kepada adegan ganas dan keruntuhan akhlak: Kanak-kanak ini terdedah dengan  adegan ganas dalam beberapa rancangan, filem atau menonton filem kartun yang ganas, serta menonton beberapa gambar yang tiada akhlak dalam beberapa siri, filem, atau iklan. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada kanak-kanak. Mereka meniru apa yang mereka lihat tanpa berfikir atau membezakan yang mana baik atau buruk. Kadangkala sesuatu perkara berlaku kerana adegan ganas tersebut. Contohnya kita dapati ada kanak-kanak berisiko membunuh diri atau meniru adegan ciuman dalam filem. Apabila ibu bapa mereka bertanya mengapa mereka melakukan seperti itu, mereka menjawab ‘Kami melihatnya di dalam filem.’

Menghancurkan pemikiran kanak-kanak dengan kepercayaan yang rosak: Kebanyakan saluran bukan Islamik mengisi kepala kanak-kanak dengan memaparkan kandungan yang mempengaruhi minda mereka. Sekiranya kanak-kanak menerima kepercayaan dan menanamkan di fikiran, maka mereka akan terkesan dengan pengaruh-pengaruh ini.

Menyebarkan keganasan, ketakutan dan perasaan kegelisahan di kalangan kanak-kanak: hasil dari apa yang ditonton dari program, permainan, dan bahan visual yang mungkin tidak sesuai dengan usianya atau tidak menggambarkan tempoh usianya, biasanya disebabkan oleh pemerhatian daripada abang atau kakak mereka. Perkara ini amat berbahaya dan perlu diambil perhatian, kerana tahap umur memberi kesan dan perlu dipadankan tanpa memaksa si anak menggunakan bahan maklumat yang lebih tua dari usianya.

Kehancuran bahasa anak: Ini adalah masalah besar kerana kanak-kanak pada usia muda membentuk bahasanya melalui suasana persekitarannya. Mereka akan belajar mengucapkan kata-kata dan suara serta mulai menggunakan apa yang dipelajarinya. Jadi jika bahasa yang didengarnya itu mengaibkan dan tidak menyatakan apa yang mesti dipelajari, maka lidahnya akan menjadi aib juga.

Penyebaran penyakit mental dan fizikal pada kanak-kanak: Tontonan secara rawak seorang kanak-kanak adalah bertentangan terhadap krisis psikologi adalah akibat ketidaksesuaian antara apa yang ditonton berbeza dari usianya. Kanak-kanak itu mungkin menggunakan filem kartun yang bergantung kepada pembunuhan. Maka dia berusaha menirunya dan mendedahkan dirinya kepada bahaya fizikal.

Menghindarkan kanak-kanak daripada duduk bersama-sama orang tua dan mendengarkan perbualan mereka: Menonton TV membuang masa anak, sehingga dia tidak mendapat cukup waktu untuk belajar dari ibu bapanya dan mengambil pengalaman hidup yang diperlukan dari mereka. Kanak-kanak ini mungkin sering mencapai tahap ketagihan, mereka tidak boleh berpisah dengan TV. Secara umumnya, dia tidak mendengarkan nasihat ibu bapa dan akhirnya menimbulkan bahaya pada dirinya dan keluarga.