Kesatuan Eropah (EU) sumbang €297 juta untuk pelarian Syria

Uncategorized MAS 06-Dis-2019

Kesatuan Eropah (EU) akan meyumbangkan €297 juta (US$329 juta) untuk membantu pelarian Syria dan mayarakat tuan rumah di Jordan dan Lubnan. Bantuan itu bertujuan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, taraf hidup pelarian dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Untuk menangani krisis kemanusiaan akibat perang Syria, Dana Amanah Serantau EU ditubuhkan pada 2014. Mandat bantuan dana ini diputuskan untuk diteruskan sehingga 2023.

€70 juta akan diperuntukkan untuk penjagaan kesihatan dan €48 juta untuk memulihkan perkhidmatan air dan rawatan sisa di Lubnan. €59 juta pula akan digunakan untuk progam latihan dan bantuan bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk pelarian Syria di Jordan.