Keseimbangan Islam – antara spiritual dan material

Agama Zalika Adam 03-Okt-2020
dreamstime_s_117284346
Keseimbangan Islam - antara spiritual dan material © Odua | Dreamstime.com

Antara ciri agama Islam ialah pertengahan antara dua perkara, iaitu tidak meletakkan keperluan badan dan material dengan nilai yang mahal dan besar. Maka, jadilah umpama manusia seperti mesin dan bukan manusia yang pengaruh dan dipengaruhi.

Ia juga tidak membesarkan tuntutan jiwa sehingga sampai ke tahap ketaatan, tidak berkahwih, meninggalkan dunia sedikit atau pun banyak. Bahkan menjaga kehidupan manusia lebih baik, tidak mengabaikan keperluan badan daripada keperluan yang asasi dan penting yang diletakkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

Juga, tidak mengabaikan keperluan rohani dan psikologi kepada makna roh yang suci. Bahkan dia mengimbangkan antara dua perkara serentak, menjadikan kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing. Maka, sempurnalah golongan Muslimin kedua-duanya mendapat keredaan Allah SWT dan menjadi saksi kepada manusia.

Wasatiyyah – ‘jalan tengah’ dalam konteks Islam

Beberapa ayat wasatiyyah (iaitu ‘tengah’, ‘pusat’, ‘seimbang’ – dalam konteks Islam, ia merujuk kepada ‘jalan tengah’) dalam surah al-Baqarah menunjukkan maksud yang tinggi. Allah SWT meredai umat Islam agar menjadi wasatiyyah di kalangan semua umat.

Allah SWT berfirman:

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).”

(Surah al-Baqarah: ayat 143)

Terdapat beberapa maksud lebih dari satu makna untuk perkataan ‘pertengahan’ yang disebut dalam beberapa ayat, termasuk: maksudnya ialah kesederhanaan dan bukan keterlaluan. Juga, bermaksud keadilan iaitu tidak menyimpang dari kebenaran.

Pertengahan bagi sesuatu perkara adalah terbaik, seperti kita katakan perantaraan dalam kontrak (perjanjian) iaitu permata berharga yang menjadi perantaraan, ianya jelas dan sangat mahal.

Muslim saksi kepada bangsa-bangsa sebelum Islam

Hasil daripada kelebihan ini, Allah SWT menjadikan umat Islam sebagai saksi kepada bangsa-bangsa sebelumnya. Kerana mereka adalah satu-satunya bangsa yang mempercayai semua para Nabi dan Rasul serta tidak mengingkari salah seorang pun dari mereka.

Sebaliknya, seseorang Muslim tidak menjadi seorang Muslim, kecuali dia percaya kepada semua para Rasul dan Nabi. Juga mengakui bahawa Muhammad SAW adalah penutup daripada mereka dan risalanya adalah yang terakhir.

Allah SWT mencela golongan Yahudi kerana mereka lebih suka kepada tuntutan material daripada tuntutan spiritual, sehingga mereka melampauinya. Mereka menjadikan material sebagai asas kehidupan dan mengelilinginya secara berlebihan.

Begitu juga golongan Kristian, menjadikan tuntutan spiritual mengelilingi ibadat mereka. Sehingga mereka mengerjakan ibadat semata-mata dan ada yang tidak bersosial. Manakala agama Islam ialah pertengahan iaitu menyeimbangkan antara kedua-dua perkara itu bersama.

Spiritual dan material – kaedah pertengahan, jalan yang benar

Maka, spiritual sebagai tuntutan meninggikannya. Manakala material kekal selamat tanpa berlebihan dan melalaikan. Banyak hadis telah menyebutkan tentang sunah nabi yang menunjukkan makna ini.

Rentetan daripada itu,  al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan:

“Tiga orang datang kepada Aisyah ra, dan bertanya tentang ibadat Rasulullah SAW dan dia memberitahu mereka tentang hal itu, lantas mereka mengatakannya – iaitu mereka menemukannya sedikit -“Maka jelaslah mereka datang untuk menunjukkan ibadat yang paling banyak dikerjakan, maka Rasulullah mengetahui perbuatan mereka dan berkata: “Demi Allah, sebenarnya aku takutkan Allah SWT dan aku lebih takut perbuatan kamu di hadapan Allah. Namun, aku berpuasa dan berbuka, solat, tidur dan mengahwini para wanita. Sesiapa yang menyukai yang demikian (beribadat semata-mata), maka bukanlah daripadaku.”

(Muttafaq alaih)

Di sini, Nabi Muhammad SAW menerangkan kaedah pertengahan dan jalan yang benar yang harus diikuti oleh seseorang hamba. Iaitu menjaga keseimbangan antara spiritual dan material. Menjaga kedua-duanya untuk memperelokkan kehidupan manusia agar lebih baik.

Tidak melarang dirinya dengan sesuatu, tidak melakukan perkara-perkara yang haram. Bahkan, menikmati apa yang dihalalkan tanpa membazir, menyembah Allah SWT, melakukan ketaaatan dan memohon petunjuk daripada-Nya. Maka, balasan dan pahala diperoleh di dunia dan di akhirat.

Agama Islam adalah agama kesederhanaan dan perantaraan. Ia tidak bermaksud penyebaran dan kehilangan identiti. Bahkan, bertujuan untuk memperoleh yang terbaik berdasarkan apa yang dilaksanakan dalam kehidupan manusia.

Membezakan dirinya daripada umat terdahulu dengan mengimbangkan kehidupan dan tidak cenderung kepada material semata. Namun, tidak juga menumpukan kepada ibadat sahaja. Sebaliknya, keseimbangan perlu ada antara kedua-dua belah pihak.

Allah SWT menggabungkan kedu-dua perkara sebagaimana firman-Nya:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. …”

(Surah al-A’raf : ayat 96)

Justeru, seseorang insan yang beriman dan bertaqwa akan mendapat keberkatan dan kenikmatan material daripada Allah SWT.