Ketaatan kepada Allah SWT adalah kebahagiaan sebenar

Islam 04 Jan 2021 Hanita Hassan
Terkini oleh Hanita Hassan
Ketaatan kepada Allah SWT adalah kebahagiaan sebenar
Ketaatan kepada Allah SWT adalah kebahagiaan sebenar © Odua | Dreamstime.com

Allah SWT mencipta dunia ini dan mengurniakan kita dengan pengetahuan yang terbaik. Dia menganugerahkan akal fikiran dan mengizinkan Syaitan menghasut kita dengan berbagai-bagai keinginan dan perasaan, bahawa hanya yang benar-benar beriman lebih suka berpuasa kerana Allah daripada mengikut telunjuk syaitan.

Tidak ada kebahagiaan di Neraka. Untuk mencapai kebahagiaan, kita harus meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.

Ketaatan kepada Allah SWT adalah kebahagiaan sebenar

Ketaatan kepada Allah SWT adalah sebenar-benar kegembiraan dan anugerah kerana Allah telah mengurniakan kebaikan kepada kita. Cara untuk mencapainya adalah mudah, iaitu mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan Islam.

Dari mana datangnya kebahagiaan? Daripada kesedaran bahawa anda akan terhindar daripada api Neraka dan dikurniakan rahmat dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ketaatan kepada Allah SWT mungkin cabaran yang sukar bagi umat Islam yang tinggal di persekitaran bukan Islam.

Mereka kadang-kadang kehilangan perasaan gembira dan berharap boleh menjadi ‘seperti orang lain’. Namun sedarlah. Ia seolah-olah anda mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka, kerana risau mereka tidak dapat menerima cara anda.

Sebenarnya, semua itu bergantung kepada keperibadian setiap individu. Bentuklah keperibadian yang kuat supaya dunia menyesuaikan diri dengan anda bukan sebaliknya. Ia dapat dicapai dengan pelbagai kaedah.

Kaedah pertama adalah solat. Kekuatan yang anda perlukan dapat dikurniakan oleh Allah SWT, bergantung pada kualiti ibadah yang anda lakukan. Setelah Allah memberi kekuatan, anda tidak perlu takut untuk menunjukkannya kepada dunia   sekeliling anda.

Kaedah kedua adalah kreatif. Mari kita lihat situasi yang biasa, di mana anda berada di sebuah pesta, dan semasa di sana tidak ada seorang pun wanita yang memakai hijab seperti anda. Anda mula berasa janggal dan berfikir untuk menanggalkannya. Tetapi bagaimana sekiranya anda cuba berfikir sebaliknya.

Berfikir selari dengan mentaliti rakan bukan Islam anda. Hijab boleh jadi menyeronokkan. Hijab boleh digayakan. Sekiranya anda istiqomah dalam memakai dan menunjukkan kepada seluruh dunia betapa hebatnya anda, seluruh dunia akan mengikut langkah anda untuk mengenakan hijab.

Realisasikan ketakwaan dan kepatuhan kepada Allah SWT

Ketaatan kepada Allah SWT akan menjadi sumber kegembiraan anda pada tahap praktikal. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Dan ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu beriringan dengan kesabaran. Jalan keluar beriringan dengan kesukaran. Dan sesudah kesulitan itu akan datang kemudahan.”

(Hadis riwayat Abdu bin Humaid di dalam Musnad-nya dengan nombor 636, Ad Durrah As Salafiyyah hal. 148)

Mencapai apa sahaja dalam hidup bukan mudah. Jangan berharap ia mudah. Namun bukankah telah berulang kali Allah SWT menguji anda dengan tujuan, bahawa melalui percubaan dan penderitaan, anda akan memperoleh pahala daripadanya untuk dibawa ke Hari Pembalasan.

Meninggalkan ketaatan kepada Allah SWT dalam hidup akan membebankan anda di akhirat. Namun, meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah tidak pula bermaksud anda mesti kalah dengan dunia di sekeliling.

Jalankan tangunggjawab seperti biasa. Biarkan dunia melihat bahawa dengan bertakwa kepada Allah SWT ia tidak akan sama sekali merampas anda daripada kesenangan dunia. Sebaliknya, ketakwaan dan kepatuhan kepada Allah dapat menyatukannya dengan cukup baik sekali.

Jangan sesekali meninggalkan agama. Akan tiba suatu ketika nanti akhirnya agama ini akan diterima oleh semua yang berada di sekeliling anda. Ketaatan kepada Allah SWT adalah sumber kebahagiaan sejati yang dipermudahkan di negara-negara Islam.

Tetapi kegembiraan terbesar  adalah bagi anda yang tidak tinggal di  negara seperti ini, tetapi dapat mengatasi persekitaran  negatif dan pulang membawa  kejayaan. Memanfaatkan sumber sepenuhnya bergantung kepada anda.

Allah SWT telah memberitahu anda apa yang harus dilakukan, anda hanya perlu berhadapan dan realisasikannya.