Ketua Jabatan Digital keluarga diraja Britain layak gaji bulanan RM22,465

Uncategorized Yen Doran 23-Dis-2019

Menurut iklan di laman LinkedIn, Istana Buckingham, England menawarkan gaji tinggi antara £45,000 (RM242,625) – £50,000 (RM269,583) setahun sebagai Ketua Jabatan Digital untuk mengendalikan laman sosial kelurga diraja England.

Ini bermakna gaji bulanan jawatan tersebut setinggi RM22,465.

Antara kelayakan dperlukan ialah kemahiran paling tinggi dalam komunikasi digital, kreatif serta berpengalaman mengendalikan laman sosial berprofil tinggi untuk mana-mana individu atau organisasi.

Faedah sampingan termasuk cuti tahunan 33 hari setahun, skim pencen dan makan tengah hari percuma.

Akaun media sosial keluarga diraja Britain itu kini memiliki 6.9 juta pengikut di Instagram, kira-kira 5 juta pengikut di Facebook dan 4.1 pengikut di Twitter.