Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Keunikan buah mangga Harum Manis

Makanan Sihat 03 Jan 2021
Chan Abdullah
Keunikan buah mangga Harum Manis
Keunikan buah mangga Harum Manis © Dintuten | Dreamstime.com

Buah mangga Harum Manis adalah sejenis buah mangga yang sangat terkenal di negeri Perlis. Mendapat gelaran ‘Harum Manis’ kerana baunya yang harum juga rasanya yang manis.

Buah mangga ini mempunyai isi yang tebal kekuningan.

Keunikan buah mangga Harum Manis

Apabila tiba musim mangga Harum Manis, pelbagai makanan berasaskan harum manis boleh didapati di negeri Perlis. Anda boleh mencuba makanan seperti pulut yang dimakan bersama buah mangga. Selain itu terdapat juga peniaga yang menghasilkan ais krim daripada mangga ini.

Buah mangga ini mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding buah mangga yang lain. Pengeluaran buah Harum Manis adalah sangat terhad di mana ianya berbuah sekal sahaja dalam masa setahun.

Tempoh berbuahnya pula hanya dari sebulan hingga sebulan setengah bagi setiap musim. Kebiasaannya tempoh berbuah bagi Harum Manis adalah dari hujung April hingga ke awal Jun setiap tahun.

Berdasarkan Jabatan Pertanian Negeri Perlis, pokok mangga Harum Manis memerlukan musim kemarau iaitu dari Januari hingga Mac untuk berbunga (Stress Period). Lebih uniknya, buah mangga ini berjaya tumbuh dengan baiknya hanya di negeri Perlis sahaja berbanding negeri lain di Malaysia.

Peminat mangga Harum Manis dari serata negeri lain di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk  menunggu waktu penjualan buah mangga ini yang bermula pada April setiap tahun bagi merasai kelazatannya. Kebiasaanya, buah mangga ini akan dijual mengikut kepada gred.

Gred, kelebihan dan keistimewaannya

Gred Harum Manis ini ditentukan berdasarkan kepada beratnya sendiri. Antara kaedah yang digunakan untuk menentukan gred Harumanis adalah menurut berat masing-masing:

  • 500gm ke atas – Gred AA / A+
  • Dari 350gm hingga 500gm – Gred A
  • 350gm – Gred B
  • Bermula 350gm ke bawah – Gred C

Diperkaya dengan vitamin A, B, Magnesium, Kuprum dan Potassium,  buah Harum Manis dikatakan dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan saraf. Ia juga mampu meningkatkan stamina dan tenaga serta menbantu menguatkan tulang.

Bagi penduduk di luar negeri Perlis, mendapatkan buah mangga Harum Manis tidaklah sesusah dahulu. Sekarang hanya boleh beli secara atas talian sahaja dan buah mangga tersebut akan terus dipos ke rumah anda.

Keunikan dan keistimewaan yang ada pada buah mangga Harum Manis menjadikan ia diminati oleh ramai penggemar buah-buahan. Sekali rasa pasti nak lagi.