Keunikan Rasa Black Volcano Pizza Dan KFC Sawadee Crunch

Jika diberi pilihan antara ayam goreng dan piza, yang mana satu menjadi pilihan anda?

Adakah ayam goreng rangup, enak dan pedas atau piza berkerak garing dengan limpahan keju?

Jika kedua-duanya menjadi kegemaran anda, apa kata anda boleh mencuba menu terbaharu oleh KFC dan Pizza Hut Malaysia yang menawarkan kelainan bagi memenuhi deria rasa anda.

 

KFC Sawadee Crunch

Kembali untuk menggamit selera rakyat Malaysia, hidangan ini menampilkan keistimewaan dan kesegaran perisa dari Thailand dengan sentuhan unik KFC.

Menggabungkan kelazatan resepi KFC Hot & Spicy bersama keunikan rasa dan aroma Thai yang dihasilkan daripada campuran rempah dan cili Thai eksotik, KFC Sawadee Crunch pasti memikat selera sesiapa yang mencubanya.

“KFC sentiasa mencari cara untuk menambat hati para pelanggan menerusi pelbagai pilihan menu menarik, dan KFC Sawadee Crunch adalah salah satu ciptaan kami yang mendapat sambutan baik sebelum ini.

“Gabungan rasa manis, masam, dan pedas yang amat sinonim dalam masakan Thai disatukan dengan keenakkan ayam KFC Hot & Spicy, menjadikan hidangan ini adalah tersendiri,” ujar Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.

KFC Sawadee Crunch boleh didapati dalam hidangan individu dengan pilihan kombo 2 ketul ayam dan 3 ketul ayam serta hidangan Box Meal.

Selain itu, ia juga terdapat dalam pilihan Bucket untuk hidangan berkumpulan.

Menu ini adalah untuk tempoh masa terhad sahaja sementara stok masih ada.

Jadi, nikmatilah kehangatan dan kesegaran rasa Thai yang anda gemari sekarang, sebelum terlambat!

 

Black Volcano Pizza

Rantaian restoran piza terkemuka Malaysia, Pizza Hut terus berevolusi bagi membawakan pengalaman makan yang tersendiri dengan hidangan Black Volcano Pizza.

Ia merupakan sebuah ciptaan istimewa yang akan memberi kelainan dan keseronokan pada sambutan serta perjumpaan hujung tahun.

Black Volcano Pizza didatangkan bersama kerak berwarna hitam diperbuat daripada doh yang diadun bersama arang.

Ia dibakar sempurna dan dipenuhi keju yang melimpah seperti ‘volcano’ bersama taburan ketulan ayam rangup.

Ciptaan ini membawakan elemen dramatik bagi memberi kelainan pada sambutan akhir tahun, kerana ia direka seakan-akan gunung berapi yang meletus.

Anda pasti akan merasai keterujaan ketika menikmati 24 ketul kerak piza yang dipenuhi dengan lava keju, selain setiap gigitan Black Volcano Pizza yang dilengkapi dengan keenakan ketulan ayam rangup.

“Mengambil inspirasi daripada kehangatan letusan gunung berapi, piza ini dicipta bagi mewujudkan keterujaan di meja makan, seterusnya mengeratkan hubungan anda sambil menjamu selera serta menjadikan sambutan hujung tahun anda lebih menakjubkan.

“Piza pertama yang menampilkan adunan doh bersama arang di negara ini adalah salah satu inovasi yang menjadikan Pizza Hut sebuah jenama tersendiri serta kekal di barisan hadapan dalam memenuhi selera, kehendak dan kepuasan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler.

Black Volcano Pizza boleh didapati pada harga RM44.50 untuk ala carte bagi saiz biasa selain pilihan kombo.

Hidangan ini adalah untuk tempoh masa terhad sehingga 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada.

Foto: QSR Brands