Keutamaan dan ganjaran solat

dreamstime_s_65872255
Keutamaan dan ganjaran solat © Anubhab Roy | Dreamstime.com

Keutamaan dan ganjaran solat – Perintah menunaikan solat lima waktu sehari semalam kepada Nabi Muhammad SAW berlaku pada malam Israk dan Mikraj. Baginda diangkat ke Syurga secara langsung oleh Allah SWT, sedangkan perintah-perintah lain diwahyukan melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s di dunia.

Ia adalah amalan penting bagi umat Islam sebagai  ibadah khusus yang berhubung secara langsung dengan Allah SWT, sebagai cara untuk berkomunikasi,  menyatakan kekaguman dan cinta, memohon pengampunan dosa dan pemberian nikmat.

Solat diletakkan tertinggi di sisi Allah SWT

Solat sentiasa didahulukan dan diletakkan di tempat tertinggi di sisi Allah SWT.  Oleh kerana statusnya yang tinggi, maka ia memberi banyak manfaat kepada umat Islam kerana ia adalah sumber kebaikan dan pahala.

Solat dapat mengingatkan anda kepada Allah SWT  sepanjang hari secara berterusan. Peringatan merupakan kaitan iman yang menghubungkan anda ke Syurga. Meninggalkan solat adalah dosa besar, kerana menunaikan solat bukan beban yang sukar.

Tetapi ia pertimbangan tentang betapa besarnya kasih Allah SWT yang dicurahkan kepada anda yang mempercayai-Nya. Solat lima waktu sehari semalam adalah perintah langsung daripada Allah. Oleh itu, menunaikannya merupakan perbuatan yang paling penting.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Peliharalah segala solat(mu), (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.”

(Surah al-Baqarah, ayat 238)

Solat merupakan perbuatan yang paling penting di mata Allah SWT, kerana ia membawa jumlah kebajikan dan akan membebaskan daripada dosa-dosa di hari Kiamat kelak.

Daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Istiqamahlah (konsistenlah) kamu semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kamu tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wuduknya kecuali seorang mukmin.”

(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Solat juga bertindak sebagai perisai terhadap syaitan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah SAW berkata:

Maksudnya: “Jika seorang anak Adam membaca ayat al-Sajdah kemudian dia sujud, maka syaitan akan melarikan diri dan menangis sambil berkata: “Celakalah aku, anak Adam disuruh untuk sujud dan dia sujud dengan patuh, dan baginya Syurga. Tetapi aku diperintahkan untuk sujud dan aku enggan untuk sujud, maka bagi aku Neraka.”

(HR Sahih Muslim, 1:87)

Solatlah, kerana ia dapat membersihkan jiwa, mengurangkan masalah dan membuka mata untuk melihat jalan kebenaran. Semasa kita menunaikan solat, Allah SWT memandang kita dengan penuh kasih sayang dan mengirimkan rahmat-Nya yang banyak kepada kita.

Pertama dinilai pada hari Kiamat

Solat merupakan perkara pertama yang akan dinilai pada hari Kiamat kelak.

Hadis nabi Muhammad SAW, daripada Abu Hurairah r.a:

“Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari Kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah berfirman: ” Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?’ Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu”

(HR Sahih at-Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425, 1426)

Yang terakhir dan paling mustahak, solat adalah perisai terhadap perbuatan keji dan perasaan marah, iaitu salah satu dosa paling berat dalam Islam. Menunaikan solat dapat mengubah keadaan fikiran anda dan akan meredakan anda serta menyalurkannya melalui salur yang disukai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surah al-Ankabut, ayat 45)

Ia adalah bukti bahawa pentingnya menunaikan solat. Namun, walaupun tanpa alasan yang telah disebutkan seperti di atas, jauh di sudut hati seorang yang beriman dia mengetahui dengan sebenar-benarnya.