Kewangan Islam akan jadi penyumbang utama kepada planet, rakyat dan kemakmuran – Sultan Nazrin

Uncategorized Adea Ghafar 07-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, bertitah tentang peranan kewangan Islam terhadap ‘tiga P’ iaitu planet, rakyat (people) dan kemakmuran (prosperity) di majlis konvokesyen INCEIF ke-11 di mana baginda menerima gelaran Doktor Kehormat dalam Kewangan Islam.

Mengupas tentang ‘tiga P’, planet atau kebajikan alam sekitar berkait dengan keadaan sosio ekonomi rakyat, dan faktor kemakmuran adalah penghubung penting bagi planet dan rakyat.

Kewangan Islam yang berprinsipkan tujuan berpandukan syarak yang diusahakan untuk dicapai, dapat menggalakkan elemen tanggungjawab dan pengekalan ekonomi. Ini merupakan kunci kepada penambahbaikan dan penyelesaian pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan planet pada amnya.