KFC Green Chili Crunch Untuk Peminat Ayam Goreng KFC

KFC memperkenalkan menu ayam goreng terbaharunya, KFC Green Chili Crunch, yang menampilkan gabungan perisa segar dan mengujakan daripada parsli, limau dan cili hijau.

Hidangan terbaharu itu bakal menambat selera sesiapa sahaja yang mengidamkan sentuhan unik masam pedas dalam hidangan KFC mereka.

KFC Green Chili Crunch terbaharu diperap bersama perapan chimichurri pedas daripada limau, parsli dan cili yang memberikan sentuhan hijau kepada kerak rangupnya.

Gabungan rasa pedas, masam dan lazat beraroma itu disebatikan dengan ramuan herba dan rempah terkenal KFC, menghasilkan sebuah sajian yang pasti memuaskan selera para peminat hidangan ayam goreng itu.

“Kami sentiasa memberi tumpuan bagi menghidangkan ayam goreng yang terbaik untuk memenuhi keinginan para peminat ayam goreng KFC.

“Dengan menyajikan alunan herba dan rempah, KFC Green Chili Crunch akan membuatkan anda berasa seolah-olah sedang meneroka ke tempat yang damai dan hijau,” ujar Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.

KFC Green Chili Crunch boleh didapati dalam kombo dua ketul dan tiga ketul ayam, serta hidangan Box.

Bermula daripada RM14.90, setiap hidangan kombo didatangkan bersama hidangan sampingan KFC serta secawan minuman.

Manakala hidangan Box didatangkan dengan seketul ayam KFC Green Chili Crunch, burger zinger, hidangan sampingan dan secawan minuman.

KFC Green Chili Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara, sementara stok masih ada.

Foto: QSR Brands