Khasiat Puasa Isnin Khamis: Terbukti secara saintifik

Puasa Aimi Azhary
Terkini oleh Aimy Azhary
Khasiat Puasa Isnin Khamis: Terbukti secara saintifik
Khasiat Puasa Isnin Khamis: Terbukti secara saintifik © Sasithorn Phuapankasemsuk | Dreamstime.com

Puasa Isnin Khamis merupakan antara amalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Rasulullah SAW juga sangat konsisten dengan amalan tersebut sepanjang hayat Baginda, kerana baginda benar-benar memahami manfaat dan khasiat puasa Isnin khamis.

Hasil Kajian Tentang Khasiat Puasa Isnin Khamis

Agama Islam tidak akan menyuruh kita melakukan sesuatu melainkan ada manfaat dan relevansi di sebaliknya. Puasa Isnin Khamis merupakan amalan sunat yang diamalkan secara mingguan atau sekurang-kurangnya 8 kali sebulan.

Terdapat kajian yang menunjukkan seseorang yang mengamalkan rutin puasa sekurang-kurangnya lima hari sebulan mampu merembeskan toksin lalu menghasilkan manfaat yang pelbagai. Selain itu, sebahagian besar tenaga pakar pada hari ini sering mengesyorkan intermittent fasting (puasa berkala). Puasa berkala disyorkan sebagai inisiatif untuk mengurangkan berat badan dan mengubati beberapa jenis penyakit.

Manfaat kesihatan fizikal

Menurunkan berat badan

Seseorang yang berpuasa akan mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Oleh itu, kadar pengambilan kalori juga akan menurun sekali gus membakar lemak serta meningkatkan metabolisme badan.

Mengawal kadar gula dalam darah

Aktiviti berpuasa boleh mengoptimumkan kadar gula dan insulin dalam darah sambil mengurangkan risiko terkena penyakit diabetes (kencing manis). Beberapa kajian saintis juga mendapati terdapat sejumlah diet yang boleh diamalkan untuk mengawal kadar gula dalam darah, namun ia tidak seefektif teknik intermittent fasting.

Bagi mengelak penyakit di kalangan orang tua, Guardian, sebuah laman web dari Britain telah memetik satu tesis daripada Institut Kajian Geriatrik Baltimore.  Ia mengatakan: “Berpuasa sehari atau dua hari seminggu secara kerap mampu melindungi otak daripada menghidapi penyakit Alzheimer, kelumpuhan, Parkinson dan sebagainya.”

Detoksifikasi

Kekerapan berpuasa secara berkala mampu merawat digestive disorder (gangguan pencernaan) dan membuang toksik dalam sel. Bukan itu sahaja, ia berupaya mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan kanser.

Manfaat kesihatan mental dan psikologi

Puasa juga mendatangkan kebaikan kepada minda dan psikologi seseorang. Ia meningkatkan tahap konsentrasi lalu memaksimumkan kemampuan minda untuk menerima dan memahami sesuatu. Selain itu, orang yang berpuasa lebih cekap mengawal nafsu dan emosi. Sebabnya ialah ketika berpuasa, tubuh badan cenderung untuk bersikap tenang dalam apa-apa situasi.

Sebahagian analisis para saintis bahkan mendapati, aktiviti berpuasa yang teratur membantu meredakan penyakit mental seperti anxiety (kerisauan tidak menentu), kemurungan dan insomnia.

Walau bagaimanapun, seluruh kebaikan dan manfaat yang disebutkan adalah dengan mengambil kira aspek teknik berpuasa yang betul. Ini termasuklah pengambilan makanan yang mengandungi nutrien, zat besi dan vitamin secukupnya serta membanyakkan minum air masak.

Kurangkan makanan yang mengandungi gula dan garam yang tinggi serta elakkan makanan segera. Ini semua menjadikan puasa kita lebih ringkas, mudah dan efektif.

Sebagai peringatan, mana-mana individu yang menghidap penyakit kronik atau gangguan penghadaman perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum berpuasa supaya tidak mendatangkan komplikasi yang lebih teruk.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.