Khidmat Negara menyeru seluruh rakyat Malaysia beri bantuan kepada mangsa banjir

Uncategorized Yen Doran 06-Dis-2019

Tinjauan Khidmat Malaysia telah berkunjung ke Pusat Operasi Khidmat Malaysia Negeri Kelantan di Syabab Point, Kota Bharu bagi mendapatkan keadaan terkini bencana banjir di Kelantan.

Terdapat tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di Tumpat. Satu lagi jajahan yang masih berhadapan dengan banjir adalah Jajahan Pasir Mas yang mana 15 PPS masih lagi beroperasi.

DUN Kelaboran dan DUN Pengkalan Kubur masih teruk terjejas dengan banjir. Terdapat seramai kira-kira 3,000 keluarga masih terlibat dengan bencana banjir.

Khidmat Malaysia menggesa supaya seluruh rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan makanan kepada mangsa bencana banjir di sana seperti beras, biskut, bekalan air mineral, kopi dan gula.