Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Kisah di sebalik isteri Al-Aziz dan Nabi Yusuf a.s

Al-Quran 09 Dis 2020
Pilihan oleh Zalika Adam
Kisah di sebalik isteri Al-Aziz dan Nabi Yusuf a.s
Kisah di sebalik isteri Al-Aziz dan Nabi Yusuf a.s © Byheaven87 | Dreamstime.com

‘Zulaikha’ adalah nama yang tidak asing bagi masyarakat Muslim keseluruhannya. Dalam al-Quran tidak menyebut nama Zulaikha sama sekali, bahkan hanya menyebut sebagai ‘isteri al-Aziz’ (Imra’ah al-Aziz).

Merujuk kepada ayat 21-35 daripada Surah Yusuf, ia menjelaskan bahawa seorang isteri yang curang terhadap suaminya. Isteri yang cuba menggoda Nabi Yusuf a.s untuk melakukan perbuatan zina.

Kisah di sebalik isteri al-Aziz dan Nabi Yusuf a.s

Sikap wanita al-Aziz sememangnya seorang perempuan yang tidak baik akhlaknya kerana sanggup melakukan curang dan memfitnah Nabi Yusuf a.s sehingga Baginda meringkuk dalam penjara beberapa tahun lamanya.

Kisah cinta dan perkahwinan antara Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha yang diagung-agungkan sebenarnya tidak diceritakan langsung di dalam Al-Quran dan hadis sahih.

Selain itu, ada juga kisah menceritakan keimanan Zulaikha sehingga buta matanya kerana kuatnya ibadah. Juga mengenainya yang sering menangis kerana takutkan Allah SWT, merupakan kisah yang tiada asal-usul kebenarannya.

Pengakuan isteri al-Aziz

  • Dalam ayat 51 surah Yusuf, menjelaskan bahawa isteri Al-Aziz membuat pengakuan di hadapan Raja Mesir ketika itu bahawa dialah yang menggoda Nabi Yusuf a.s dan terlerailah segala tuduhan terhadap Yusuf yang kemudiannya dibebaskan dari penjara
  • Di dalam surah Yusuf, kisah imra’ah al-Aziz ini terhenti pada ayat ke-53. Iaitu di mana beliau telah membuat pengakuan bersalah di hadapan Raja Mesir kerana menggoda dan memfitnah Nabi Yusuf a.s. Akhirnya Baginda dibebaskan dan diangkat pula sebagai pembesar Mesir.  Ayat seterusnya dalam surah tersebut tidak lagi menyentuh kisah imra’ah al-aziz
  • Imra’ah Al-Aziz menyedari kesilapannya dan Allah SWT telah memberi keampunan terhadapnya. Allah amat benci dan memandang rendah kepada manusia yang menghina hamba-Nya setelah seseorang itu bertaubat
  • Surah Yusuf dalam Al-Quran menceritakan kisah perjuangan Nabi Yusuf a.s dalam menegakkan kesucian agama Allah SWT. Ia bukanlah sebuah penglipur lara tentang kisah cinta romantis merpati dua sejoli atau drama cinta antara Yusuf dan Zulaikha

Berhati-hati dalam melayari kehidupan

Oleh itu, sebagai seorang Muslim yang beriman dan bertakwa, hendaklah sentiasa berhati-hati dalam melayari kehidupan. Kehidupan kita dipenuhi dengan fitnah, kerana ia lebih buruk daripada membunuh seperti dijelaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 191:

“; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ…”

Kita haruslah membezakan antara kisah sahih dan Israiliyyat (cerita yang direka) agar kita dapat mengetahui kebenaran sesuatu kisah.