Kisah di sebalik Takwim Islam

Dunia Hanita Hassan 20-Ogo-2020
Kisah di sebalik Takwim Islam © Golib Tolibov | Dreamstime.com

Terdapat pelbagai jenis kalendar atau Takwim yang boleh didapati di seluruh dunia tetapi Takwim Islam adalah unik. Ini adalah kisah tentang takwim umat Islam. Ia juga disebut sebagai Takwim Arab, Takwim Hijrah, Takwim Islam atau Takwim Lunar Hijrah.

Takwim Islam adalah takwim yang berasaskan lunar yang mempunyai 12 bulan (berdasarkan frasa bulan) yang dibentuk selama setahun. Hasilnya ia mempunyai 354 atau 355 hari dalam setahun yang mana ia berbeza dengan kalendar Gregorian.

Kepentingan Takwim Islam dapat dilihat melalui pelbagai aspek keagamaan. Contohnya boleh dilihat dalam menentukan ketepatan hari menyambut Ramadan, cuti dalam Islam dan tempoh menunaikan Ibadah Haji yang kesemuanya  ditentukan mengikut takwim Islam. Hari ini, takwim Islam telah digunakan oleh semua negara  Islam. Malah gaji pekerja dan  urusan kewangan kerajaan yang lain juga dibuat berasaskan pada takwim Islam.

Takwim Islam memanfaatkan era Hijrah yang bermula sebagai Tahun Baharu Islam pada tahun 622 Masihi. Pada tahun inilah Baginda Nabi Muhammad SAW  serta mereka yang menyakini Baginda telah meninggalkan Makkah setelah menghadapi pelbagai bentuk penganiyaan tanpa henti.

Nabi Muhammad SAW kemudiannya menetap di Madinah dan membentuk komuniti pertama umat Islam (dikenali sebagai Ummah). Peristiwa Baginda meninggalkan kota Makkah ke Madinah disebut sebagai Hijrah (juga bermaksud perpindahan atau keberangkatan) dan di sinilah bermulanya penggunaan Takwim Islam.

Permulaan hari baharu dalam Takwim Islam bermula ketika matahari mula terbenam. Menariknya, hari Jumaat yang dikenali sebagai Al-Jumah dan hari Sabtu sebagai As-Sabt merupakan hujung minggu bagi negara-negara Islam. Manakala hari mengikut takwim Islam adalah Al-Ahad, Al-Ithnayn, Al-Thulath, Al-Arbiya, Al-Khamis, Al-Jumah dan As-Sabit.

Terdapat 12 bulan dalam Islam, iaitu : Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Daripada kesemua 12 bulan ini, terdapat empat bulan yang dianggap  suci. Ia adalah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah. Turut serta juga , berpuasa selama sebulan yang dilakukan pada bulan Ramadan.

Sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab, masyarakat melakukan pengenalan tahun dengan mengingati peristiwa yang paling bersejarah pada waktu itu. Justeru, sepuluh tahun pertama Takwim Hijrah tidak mempunyai angka. Sebaliknya, ia diingati dengan menggunakan peristiwa penting dalam kehidupan baginda Nabi Muhammad SAW.

Kemudian, setelah berakhirnya zaman Nabi Muhammad SAW, para khalifah telah memutuskan untuk menentukan jumlah tahun yang tepat. Oleh itu, mereka telah merancangnya semula dengan tepat sehinggalah digunakan hingga ke hari ini.

Para saintis Muslim terutamanya ahli astronomi memainkan peranan yang besar dalam penomboran dan pengiraan tahun. Hari ini, para saintis dan ulama Muslim menggunakan teknologi terbaik bagi membuat pengiraan untuk Takwim Islam. Semoga Allah SWT terus memberi kejayaan kepada umat Islam di seluruh dunia.