Kisah paku dan dinding

Kehidupan Zalika Adam 11-Ogo-2020
Kisah paku dan dinding © Vasilev Ilya | Dreamstime.com

(Terjemahan dari SalamWebToday bahasa Arab)

Ini adalah sebuah kisah yang menyentuh hati. Di mana si ayah cuba mengajar anak lelakinya yang masih kecil, bagaimana dia boleh mengawal perasaan, mengawal diri dan kemarahannya dan bagaimana sesekali dia dapat mencari kehebatan dirinya. Si ayah mengajarnya dengan cara yang praktikal dan melalui rancangan yang dibuatnya. Tanpa berbicara terlalu banyak yang boleh memenatkan dirinya sendiri, yang akhirnya dia tidak mencapai sesuatu yang berguna.

Melalui praktikal, si ayah ingin mengajar anaknya pelajaran dalam kehidupan bahawa dia mungkin tidak memerlukan orang lain untuk mengubah tingkah lakunya menjadi lebih baik. Mungkin kita memerlukan situasi seperti itu untuk mengatasi masaalah anak-anak dan di kediaman kita. Ia bertujuan agar kita sentiasa mempunyai gambaran yang mendatang di hadapan kita apabila sesuatu perkara itu menjadi biasa. Kisah tersebut berlaku seperti berikut:

Si ayah mempunyai seorang anak lelaki yang nakal dan dia mempunyai perangai yang berubah-ubah. Dia juga cepat marah, suka mencari masalah. Maka bapanya memikirkan satu helah bagi mengatasi masalah ini. Si bapa melihat dia sedang marah dan berasa dirinya lemah. Pada hari berikutnya, perangai si anak ini makin menjadi.

Si bapa tiada daya melainkan hanya mampu memarahi dan menjerit ke arahnya. Si bapa masih memikirkan cara mengatasi masalah anaknya.Pada suatu hari, si bapa masuk ke rumah dengan memegang satu bungkusan plastik paku. Maka si anak lari dari bapanya, lantas berkata: Apa ini ayah? Si bapa pun menjawab: Ini adalah paku-paku, wahai anakku, aku menganggap kamu adalah kawan-kawannya.

Si bapa pun memberikan kepada anaknya sebungkus paku itu dan anaknya bertanyakan kepada bapanya: Apa yang saya boleh buat dengan paku-paku ini? Si bapa pun berkata: Bapa mahu kamu ketuk paku ini di dinding kayu di taman kita, tatkala kamu berasa marah atau tidak boleh berfikir.

Si anak pun mengambil semua paku dan mula melaksanakan apa yang diberitahu oleh bapanya. Maka, si anak keluar pada hari pertama ketika dia berasa marah dan mengetuk 37 paku, dan dia berasakan untuk memasukkan paku ke dinding kayu itu, bukannya mudah dan memerlukan masa. Jadi, dia mula menahan dirinya dan menenangkan pemberontakannya setiap kali dia marah.

Sekiranya dia tidak mampu menahan dirinya, dia akan mengetuk paku. Tetapi, sekiranya dia mampu mengawal dirinya, dia tidak perlu mengetuk paku. Hari demi hari, penggunaan pakunya semakin sedikit. Selepas beberapa minggu, si anak mampu menahan perasaan marah dan tingkah lakunya yang suka memberontak ke tahap yang tinggi.

Tiba-tiba dia mula mampu mengawal dirinya lagi, dan tidak lagi memukul paku. Dia pun pergi kepada ayahnya untuk memberitahu apa yang terjadi padanya. Si anak pun berkata kepada ayahnya: Alhamdulillah, bapa, saya telah menahan diri dan kemarahan saya, dan saya tidak akan memukul paku lagi.

Si bapa pun beras gembira dengan kata-kata itu dan merasakan berlaku perubahan hebat dari anaknya. Si bapa pun berkata: Tetapi sekarang kamu perlu mengeluarkan paku dari tempat kamu pukulnya setiap hari, apabila kamu berada dalam keadaan baik. Maka, mulalah si anak mengeluarkan paku tersebut, hari demi hari.

Selepas beberapa waktu, dia berjaya mengeluarkan semua paku yang telah diketukkan ke dinding  selama beberapa bulan berturut-turut. Lantas, si anak pergi kepada ayahnya dan memberitahunya tentang pencapaian hebatnya. Sehingga bapanya tidak melihat walaupun sebatang paku.

Si bapa sangat gembira dan terus memberikan semangat kepada anaknya agar berbuat lebih banyak, dan dia berkata kepada anaknya: Sebenarnya, kamu telah berbuat kebaikan, anakku. Ini jelas merupakan pekerjaan yang baik. Tetapi kamu harus melihat dengan teliti lubang-lubang yang kelihatan di dinding dari kesan paku. Adakah dinding sudah kembali kepada keadaaan asalnya sebelum dimasukkan paku?

Si anak pun memeriksa dinding dan menerima pesanan ayahnya. Dia sudah mengetahui bahawa setiap perkara yang kita lakukan akan meninggalkan kesan yang tidak akan hilang, walaupun ia telah diperbaiki. Jadi lebih baik kita tidak melakukannya. Kata-kata yang kita ucapkan ketika marah, akan meninggalkan tanda yang tidak dapat dihilangkan seperti lubang-lubang di dinding yang tinggal di dalamnya, walaupun kemarahan sudah reda.

Seorang penyair mengatakan: “Luka pada gigi mempunyai kaitannya … dan tidak akan sembuh luka di lidah.” Oleh itu, kita hendaklah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada anak-anak kita. Supaya mereka boleh mengambil manfaat dari perbuatan yang ditunjukkan dengan cara yang mudah dan praktikal, bukan dengan pertuturan semata-mata.