Kisah Pelarian Syria Dan Kucing Meruntun Hati Netizen

Tiada harta dunia yang lebih bernilai buat pelarian dari Syria ini selain dari kucing kesayangan mereka yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri.

Tular kisah pelarian Syria ini yang sehelai sepinggang dan cuma membawa kucing kesayangannya sewaktu merentasi 1000 batu perjalanan sebagai pelarian perang.

Kisah pelarian ini telah dikongsi oleh seorang pengguna laman media sosial Facebook iaitu Brian Schwarm dan terus menjadi tular di seluruh dunia.

Tulisnya di kapsyen, keluarga pelarian Syria ini hilang hampir segala-galanya sewaktu perang di negara mereka, tetapi tidak sesekali meninggalkan kucing mereka. Katanya lagi mereka memberitahu bahawa kucing itu adalah sebahagian dari keluarga mereka. Semudah itu sahaja.

Setakat ini status Brian telah mendapat 6.5 ribu perkongsian, hampir 1000 komen dan 11 ribu ‘likes’. Ramai netizen yang memuji tindakan keluarga pelarian Syria itu yang disifatkan mereka mempunyai hati yang sungguh mulia.

 

Sumber : Facebook