Kita akan pastikan Farah Ann ‘sempurna’ sehingga Olimpik 2020

Uncategorized Syed Safri 05-Dis-2019

SEPANG, 5 Dis — Jurulatih Gimnastik Artistik Kebangsaan, Nataliya Sinkova mengatakan adalah sangat penting bagi Farah Ann selaku atlet gimnastik artistik Malaysia pertama yang layak ke Sukan Olimpik selepas 20 tahun, untuk kekal tanpa cedera sebelum acara itu bermula.

Farah Ann perlukan rehat fizikal yang mencukupi di samping mengelakkan kecederaan menjelang persediaan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Setelah memenangi tiga emas Sukan SEA di Filipina, beliau telah membuktikan kekuatan persiapan mentalnya dan kesemua ini dapat memastikan kesempurnaan persediaan keseluruhannya.

Farah Ann akan berlatih dua bulan dan menjalani fisioterapi pemulihan selepas menunjukkan prestasi hebat di Filipina bersama keseluruhan skuad gimnastik Malaysia.