KKM jalankan 4,169 serbuan, babit RM142 juta nilai rampasan

Uncategorized Adea Ghafar 17-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semenjak 2017 Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah melakukan 4,169 serbuan ke atas premis farmasi berlesen dan klinik perubatan swasta yang melanggar Akta Racun 1952, Peraturan-peraturan Racun (Bahan-bahan Psikotropik) 1989, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan ) 1956 dengan nilai rampasan RM142 juta.

KKM juga telah menyekat 3,737 laman sesawang dan media sosial yang mengiklan dan menjual produk-produk kesihatan dilarang secara dalam talian.

Tindakan ini diharap menyedarkan pengguna agar tidak terus terpengaruh dengan iklan-iklan yang tidak munasabah.