KLQR Trail produk terbaharu DBKL, guna imbasan Kod QR promosi Kuala Lumpur

Uncategorized Syed Safri 24-Dis-2019

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan produk pelancongan terbaharu KLQR Trail iaitu penggunaan teknologi imbasan Kod QR di 17 lokasi tarikan di Kuala Lumpur, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Noor Azman Malihin, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL berkata, promosi pelancongan yang pertama kali menggunakan Kod QR ini membolehkan pelancong memuat naik maklumat setiap lokasi tarikan tersebut dengan dilengkapi navigasi.

17 lokasi tarikan pelancong di fasa perintis ini antaranya ialah Kolam Biru River of Life, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur City Gallery, Jambatan Masjid Jamek, Kelab Sultan Selangor damn Rumah Tangki Loke Chow Kit Mansion.