#KLRUNWAY2019 Bantu Pereka Fesyen Baru dan Berpengalaman

Lambakan pertunjukan fesyen akhir-akhir ini banyak membuat para pereka fesyen dan penganjur majlis seakan berlumba untuk menghasilkan acara yang lebih kreatif dan dapat menambat hati penggemar serta pemerhati fesyen.

Menyedari hal ini, BLOOMERS INTERNATIONAL hadir dengan sebuah platform khusus iaitu #KLRUNWAY2019 buat pereka fesyen muda, yang sedang meningkat naik dan juga buat pereka fesyen senior yang sudah lama tidak membuat kemunculan di persada fesyen tanah air.

“Banyak “feedback” yang kami terima dari pereka fesyen tempatan adalah mereka mempunyai impian untuk mengadakan pertunjukan fesyen pada skala besar namun mempunyai kekangan dari segi kewangan dan juga kurang sokongan dari segi penasihat jenama dalam dunia digital, networking dan peluang itu secara am nya”, ujar Datin Norita Anis, pengasas BLOOMERS INTERNATIONAL.

 “Disebabkan pasaran tempatan yang tidak begitu meluas dan tempahan yang berkurangan, ramai pereka kita di Malaysia tidak begitu menitik beratkan pengurusan akaun dan dokumentasi perniagaan. Bagi mereka ini adalah remeh dan menyusahkan. Namun kami di BLOOMERS INTERNATIONAL merasakan perlu untuk mendidik para pereka untuk lebih patuh pada urusan kewangan kerana ia merupakan satu tanggungjawab sebagai pemberi dan pembekal perkhidmatan kepada pelanggan”, sambung Puan Kiran Tuljaram-Prakash, pengarah BLOOMERS INTERNATIONAL dan juga seorang bekas peguam yang fasih mengenai industri perbankan tempatan.

Demi kelestarian sesuatu jenama itu, BLOOMERS INTERNATIONAL menyediakan khidmat bimbingan nasihat dan sokongan moral kepada pereka-pereka tempatan khususnya. Penyertaan#KLRUNWAY2019 terbuka kepada semua peringkat di mana ada di antara pereka yang terlibat merangkumi pereka aksesori, tas tangan, kasut, adibusana dan juga pakaian untuk lelaki.

Buat acara yang sulung diadakan ini, pereka yang mempunyai identiti jati diri seni tradisi lebih diutamakan. Antara koleksi yang bakal diperagakan adalah batik asli Terengganu dengan suntikan moden, adi busana bercirikan Borneo dan juga aksesori yang berasaskan flora dan fauna yang sinonim dengan Malaysia.

Disamping itu juga, #KLRUNWAY2019 mempunyai pereka tamu seramai 6 orang yang didatangkan khas dari Indonesia dengan rekaan-rekaan yang bercirikan etnik dan juga pakaian muslimah yang edgy dan avant garde.

 Kolaborasi dua negara jiran ini adalah bertujuan untuk menjalinkan ikatan ukhwah dan persaudaraan supaya seni tradisi dan fesyen serantau tidak dilupakan.

Ini menjadikan pengisian program #KLRUNWAY2019 lebih menarik kerana BLOOMERS INTERNATIONAL menyajikan pertunjukan fesyen yang luar dari kebiasaan.

Antara paparan lain yang menarik adalah penggunaan model dengan kelainan upaya.

Tambah Kiran lagi, mereka ini mempunyai cita-cita dan impian bergelar model dan kami tidak memandang kelainan upaya mereka sebagai satu penghalang. Ini adalah penting kerana kami perlu buktikan kepada para pereka fesyen di luar sana agar tidak terlalu tertumpu untuk menghias para selebriti, kerana di dalam dunia sebenar, pelanggan ada pelbagai ragam dan datang dari segenap lapisan bangsa, umur mahupun rupa.

Model-model “istimewa” ini terdiri daripada seorang model yang menghidapi “Treacher Collins Syndrome“,psoriasis dan juga seorang model wanita yang berumur 45 tahun (di mana kami menyangka beliau adalah awal 20an kerana tampak terlalu muda!)

Bukan itu sahaja, BLOOMERS INTERNATIONAL turut memberi peluang bagi semua yang terlibat di dalam ekosistem dunia fesyen itu sendiri. Kesempatan untuk berkarya juga kami berikan kepada pelajar jurusan foto dan videografi, akademi tatarias dan mekap, koreografi pertunjukan pentas, penulis fesyen yang sedang dalam latihan dan seterusnya.

BLOOMERS INTERNATIONAL berbesar hati dengan sokongan yang diterima demi untuk menjayakan acara ini. Ujar Datin Norita Anis, mereka sangat selektif dengan sokongan yang diterima agar tidak bercanggah dengan misi dan visi dalam membantu para pereka umumnya untuk bertapak dengan lebih kukuh di dalam industri. Oleh itu, platform e-dagang AMAXMALL hadir dengan sebuah kemudahan yang boleh membantu pereka, peniaga dan pengusaha tempatan untuk lebih berdaya saing di dalam memajukan produk dan jenama mereka di www.amaxmall.com

Oleh itu, kami amat berharap agar pertunjukan fesyen yang pertama kali kami anjurkan pada 16 NOVEMBER 2019 dari jam 2 petang sehingga 8 malam ini mendapat sokongan dan dorongan dari orang ramai. Tiket berharga hanya RM70 seorang boleh didapati di www.ticket2u.com.my dengan carian kata kunci “KLRUNWAY”.

Makluman lain serta gambar boleh didapati  instagram @bloomersinternational

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!