Kolaborasi Aman Ra Bersama Altimet & Noh Salleh Dalam ‘Berada’

‘Berada’ merupakan single kelima Aman RA selepas pelancaran single ‘Yedowh’, ‘Tabah’, ‘Malu Tanya Sesat’ dan ‘Bangun’ yang terkandung di dalam album sulungnya ‘REBEL’ yang telah di keluarkan pada bulan Ogos tahun lalu.

Lagu yang mengabungkan tiga rakan artis iaitu Altimet, Noh Salleh dan Aman RA mencerminkan perjalanan hidup mereka dan latar belakang yang agak berlainan tetapi dalam setiap cabaran dan setiap kenangan ajaran yang mereka terima adalah perasaan bersyukur walau apa jua keadaan.

Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan ‘wordplay’ perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

‘Berada’ telah dicipta oleh Navigator manakala liriknya pula adalah hasil gabungan Altimet, Noh Salleh dan juga Aman RA sendiri.

Video muzik rasmi lagu ini telah memaparkan sedikit sebanyak imbas kembali cabaran hidup yang mereka telah lalui dan kasih sayang dan dorongan yang telah di terima oleh Tuhan, kaum keluarga dan rakan-rakan.  Imbasan inilah yang mengingkatkan mereka untuk sentiasa berterima kasih dan merendah diri.

 

Foto : Keramat Records