Koleksi Musim Panas ALIKE 2020

Selepas enam bulan digilap dalam sebuah Program Pembangunan Pemasaran Usahawan Fesyen MIF @ SOVO – MARA In Fashion (MIF), 10 usahawan fesyen menyatu di atas pentas ALIKE Spring-Summer Collection 2020. Program ini adalah hasil kolaborasi bersama LivinLoka Malaysia.

ALIKE yang diambil dari singkatan Amali Latihan Keusahawanan, merupakan satu latihan kemahiran di mana peserta akan berurusan secara terus di lapangan kerja bersama seorang figura atau muse bagi membina satu rekaan bespoke dan 4 rekaan ready to wear.

Dengan tema ALIKE Spring-Summer Collection 2020, 10 usahawan fesyen ini telah  melahirkan sebuah koleksi tersendiri yang terdiri daripada 5 rekaan bersandarkan DNA masing-masing.

10 usahawan fesyen atau jenama yang telah memperagakan hasil koleksi Musim Panas ALIKE 2020 mereka ialah Amaze, Wan & Mary, Hazizul Aziz, Zayana Yazed Creations, Fyrose, Emin Madrosa, Ummiriaz International, Syuhada Masrani, Helhams dan Salleh Hamid.

Manakala, antara selebriti yang terlibat sebagai muse ialah Cassidy La Crème, Aishah Sinclair, Ernie Zakri, Iman Zulkarnain, Yasmin Hani, Sissy Imann, Julia Ziegler, Ezlynn Ariffin, Sazzy Falak dan Datuk Syafinaz Selamat.

Berikut adalah antara aksi-aksi yang menarik sepanjang koleksi Musim Panas ALIKE 2020 di Istana Budaya Kuala Lumpur.