Koleksi Ramadan Rico Rinaldi 2019

Pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi bukan sahaja akan menyediakan koleksi untuk hari raya setiap kali Syawal menjelang, namun beliau turut menyediakan koleksi pra-Ramadan untuk mereka yang mencari helaian yang sesuai untuk digayakan sepanjang bulan Ramadan.

Koleksi untuk pra-Ramadan adalah lebih kemas, potongannya lebih simple tanpa ada butiran yang sarat, sesuai dengan kesederhanaan yang dituntut di bulan Ramadan.

Bukan sahaja untuk wanita, malah Rico turut menyediakan koleksi pra-Ramadan untuk golongan jejaka dengan menampilkan baju melayu polos.

Koleksi pra-Ramadan ini hadir dalam warna-warna pastel dan warna tanah seperti kelabu, kuning cair hijau zaitun yang sesuai untuk digayakan sepanjang bulan Ramadan.

Bagi anda yang tercari-cari helaian sempurna untuk majlis-majlis yang dianjurkan di bulan Ramadan terutamanya majlis berbuka puasa, apa kata anda cuba koleksi Rico Rinaldi Pra-Ramadan 2019.

Layari Physicon Malaysia untuk membeli secara atas talian.

 

Foto : Physicon Malaysia